Program Sukma Waja bantu bina kekuatan masyarakat

KUANTAN – Program Wanita Jelajah Desa (Sukma Waja) dijangka mampu membina kekuatan dalam masyarakat dan memastikan PKR dapat terus bekerja keras memenangi hati rakyat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek berkata, komponen Sukma Waja merangkumi aspek aktivisme melibatkan pasukan untuk turun ke lapangan mendekati masyarakat dan aspek pendidikan pula memberikan tumpuan kepada usaha meningkatkan kesedaran serta advokasi hak-hak wanita secara berterusan.

“Kita percaya bahawa apabila wanita sejahtera, dilindungi dan diberi perhatian dalam pembangunan ekonomi, sosial dan pendidikan, maka negara juga akan sejahtera,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Sukma Waja di Taman Gelora di sini, hari ini.

Pada majlis sama, Fadhlina turut melancarkan Silat Srikandi Gelanggang Seri Teja yang dihadiri Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang, Datuk Ahmad Farhan Fauzi dan Timbalan Ketua Wanita PKR, Juwairiya Zulkifli.

Fadhlina, yang juga Menteri Pendidikan berkata, Sukma Waja akan memberikan tumpuan terhadap golongan wanita, khususnya pada peringkat Parlimen dan parti bagi memastikan komunikasi dan penyampaian maklumat kepada rakyat dapat diperkasakan.

“Insya-Allah, dari semasa ke semasa kita akan terus giatkan usaha supaya mesej Sukma Waja khusus untuk kesejahteraan wanita sampai ke seluruh negara,” katanya.

Related Posts

Parti Sedar Rakyat sokong kepemimpinan Premier Sarawak, umum tidak tanding kerusi disandang

KUCHING – Parti Sedar Rakyat yang kini dalam proses penjenamaan semula kepada Parti Wawasan Rakyat, menzahirkan sokongan penuh terhadap kepemimpinan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg.  Presidennya, Affendi Jeman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan