Isu saham Azam: Kerajaan serah siasatan kepada jawatankuasa khas

JOHOR BAHRU – Kerajaan memutuskan supaya siasatan berhubung isu pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Khas Siasatan yang ditubuhkan Jemaah Menteri.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan merangkap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, keputusan menubuhkan jawatankuasa berkenaan merupakan pendirian rasmi Jemaah Menteri dalam menangani perkara itu secara telus dan teratur.

“Bagi kami (Jemaah Menteri), ia serahkan kepada jawatankuasa siasatan lakukan siasatan penuh dan Azam juga sangat terbuka, beliau sedia disiasat,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Jelajah Ramadan 2026 Edisi Ke-14 di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah serta Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman.

Laporan media sebelum ini menyebut Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar yang juga Peguam Negara dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Siasatan berkenaan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, dilaporkan berkata jawatankuasa itu akan menjalankan penelitian menyeluruh bagi memastikan proses siasatan dilaksanakan secara adil terhadap individu yang terlibat.

Bloomberg sebelum ini melaporkan dakwaan bahawa Azam mempunyai pegangan saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan dokumen pemfailan korporat.

Namun, Azam dalam sidang media terdahulu menegaskan bahawa pemilikan saham bernilai RM800,000 itu dibuat secara telus dan mematuhi segala prosedur ditetapkan.

Mengulas perhimpunan berkaitan isu berkenaan yang turut dihadiri Datuk Seri Rafizi Ramli, Fahmi berkata, bekas Timbalan Presiden PKR itu mempunyai hak untuk menyertai perhimpunan seperti yang dijamin Perlembagaan.

“Beliau (Rafizi) ada hak melaksanakan apa-apa yang dia rasa nak lakukan. Di bawah Perlembagaan, memang rakyat Malaysia ada hak berhimpun.

“Semalam, kita dengar Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus mengatakan dalam 150 hingga 200 orang hadir dan tidak berlaku apa-apa insiden mencemaskan ataupun mengganggu keselamatan,” katanya.

Menjawab pertanyaan mengenai kemungkinan tindakan tatatertib parti terhadap Rafizi, beliau berkata, perkara itu bergantung kepada sama ada wujud aduan rasmi.

“Setakat ini, Setiausaha Agung belum memaklumkan menerima sebarang aduan, tetapi mereka yang berkumpul ada hak, tidak menjadi masalah di sisi undang-undang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil memaklumkan, pihaknya akan meneruskan siasatan bagi memastikan tiada unsur menyentuh isu perkauman, agama dan institusi diraja (3R) sepanjang perhimpunan tersebut.

Beliau berkata, penelitian menyeluruh akan dilakukan dan sekiranya terdapat elemen 3R, kertas siasatan akan dibuka untuk tindakan lanjut.

Related Posts

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

KUALA LUMPUR – Meta Platforms memperkenalkan penambahbaikan ciri keselamatan Akaun Remaja di Instagram di Malaysia menerusi pelaksanaan tetapan kandungan 13+ serta kawalan ibu bapa yang lebih komprehensif bagi pengguna berusia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengadakan pertemuan empat mata bersama rakan sejawatnya dari Australia, Anthony Albanese, dengan fokus memperkukuh hubungan dua hala serta menangani cabaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000