Perpustakaan baharu Kota Marudu komitmen kerajaan negeri kepada akses pendidikan

KOTA MARUDU – Pembinaan bangunan perpustakaan baharu di daerah berkenaan bukan sekadar projek pembangunan fizikal, sebaliknya menjadi simbol komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memperkukuh akses pendidikan dan budaya literasi selaras aspirasi Sabah Maju Jaya.

Menteri Pendidikan, Sains dan Teknologi Sabah, James Ratib berkata, majlis yang diadakan hari ini membawa makna besar kepada usaha memperkasa pembangunan modal insan serta memastikan rakyat di setiap daerah tidak ketinggalan dalam arus kemajuan ilmu dan teknologi.

“Majlis pada hari ini bukan sekadar simbolik kepada pembinaan sebuah bangunan yang baharu, tetapi lebih besar daripada itu.

“Ia merupakan lambang komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memperkukuh akses pendidikan, memperkasa budaya literasi dan memastikan rakyat di setiap daerah tidak ketinggalan dalam arus pembangunan ilmu dan teknologi,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pecah Tanah Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Kota Marudu, di sini pada Isnin.

Menurut James, dalam era digital dan ekonomi berasaskan pengetahuan, fungsi perpustakaan telah berkembang melangkaui peranan tradisional sebagai tempat penyimpanan buku.

“Perpustakaan kini berperanan sebagai pusat pembelajaran sepanjang hayat, hab komuniti, pusat rujukan maklumat digital serta ruang inovasi yang menyokong pembangunan modal insan.

“Pembinaan bangunan baharu ini bakal menyediakan kemudahan lebih kondusif, selesa dan inklusif khususnya kepada pelajar, belia, usahawan kecil serta komuniti setempat di Kota Marudu.

“Kita mahu melihat perpustakaan ini menjadi ruangan ilmu yang sentiasa dikunjungi dan dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat,” katanya.

James turut menegaskan kerajaan negeri sentiasa memberi penekanan terhadap pembangunan pendidikan, sains, teknologi dan inovasi sebagai pemacu kemajuan negeri.

“Kemudahan seperti perpustakaan moden, amat penting dalam merapatkan jurang akses maklumat antara masyarakat bandar dan luar bandar.

“Saya yakin dengan perancangan yang teliti serta kerjasama semua pihak, projek ini akan dilaksanakan dengan lancar dan menepati spesifikasi yang ditetapkan.

“Kita mahu bangunan ini bukan sahaja berdiri megah dari segi fizikal, tetapi turut berfungsi secara optimum dalam memenuhi keperluan masyarakat setempat,” ujarnya.

Ketika ini terdapat 25 cawangan perpustakaan dan 73 perpustakaan desa di seluruh negeri, mencerminkan usaha berterusan kerajaan memperluas jaringan perkhidmatan ilmu kepada rakyat.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM