Program pembangunan mampan untuk sektor perikanan terus diperkukuh di Lawas

LAWAS – Program Ecosystem Approach for Fisheries Management (EAFM) yang telah dilaksanakan di Lawas sejak tahun 2013 terus diperkukuhkan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan, komuniti nelayan serta jaringan perikanan setempat.

Ketua Wilayah Perikanan III, Miri, Muhamad Saini Suliansa berkata, EAFM merupakan satu inisiatif di peringkat ASEAN yang bermula pada tahun 2009 melalui garis panduan Southeast Asian Fisheries Development Center (SEAFDEC) di Thailand.

Jelas beliau, Malaysia antara negara yang berjaya mengaplikasikan pendekatan ini walaupun berdepan dengan cabaran birokrasi dan kekangan sumber kewangan.

“Generasi muda merupakan kelompok penting dalam menjayakan EAFM. Jika tidak disedarkan dari awal, mereka mungkin tidak memahami kepentingan ekosistem perikanan dan hutan bakau yang menjadi habitat pembiakan ikan bernilai komersial tinggi,” katanya ketika berucap pada Khamis.

Beliau menambah, pelaksanaan EAFM di Lawas berasaskan tiga objektif utama seperti yang digariskan dalam Pelan Pengurusan EAFM Lawas yang diterbitkan pada tahun 2023, iaitu kesedaran ekologi, tadbir urus yang baik dan pengurusan sumber secara mampan.

Menurutnya lagi, kejayaan program ini di Lawas adalah hasil sokongan padu daripada agensi-agensi kerajaan, komuniti nelayan serta masyarakat setempat.

“Jabatan Perikanan hanya memainkan peranan kecil dalam melaksanakan perancangan yang telah dirangka sejak 2013. Dengan peruntukan sebanyak RM90,000.00 bagi Lawas, Sematan dan Mukah, kita buktikan bahawa kerjasama bersepadu mampu menghasilkan impak yang nyata,” jelas beliau.

Program EAFM ini diharap dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang dengan pelaksanaan strategi yang lebih meluas, melibatkan masyarakat akar umbi, agensi pendidikan dan jabatan kerajaan.

Related Posts

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

SANDAKAN – Kerajaan Sabah merancang membangunkan semula Kampung (Kg) Bahagia sebagai perkampungan yang sah susulan kebakaran besar yang memusnahkan hampir keseluruhan kawasan berkenaan, kata Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor. Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

KUALA LUMPUR – Malaysia kekal dengan dasar tidak berpihak secara aktif dengan mengekalkan hubungan kerja bersama semua rakan dagang utama, sekaligus meletakkan negara sebagai rakan yang stabil dalam rantaian bekalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global