Program Outreach KPWKM tingkat kesedaran antigangguan seksual

SIBUTI- Program Outreach Advokasi Antigangguan Seksual sempena Kembara KASIH KPWKM 2024 anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat diadakan di Dewan Masyarakat Bekenu, Sibuti pada Khamis.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, objektif program ini adalah manifestasi KPWKP dalam mendekati masyarakat tempatan dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh jabatan dan agensi dibawahnya.

“Kembara KASIH KPWKM bertujuan menyebarluaskan promosi dasar dan inisiatif KPWKM dan meningkatkan kesedaran umum mengenai peranan KPWKM dalam membentuk kesejahteraan rakyat serta keterangkuman sosial.

“Program ini juga mendukung aspirasi Malaysia MADANI dalam mengemudi negara ke arah mencapai sasaran sebuah negara yang membangun dan mampan,” katanya.

Selain itu, pelbagai pengisian dan program yang menarik dalam konvoi kali ini.

Antara pengisian tersebut ialah Advokasi Antigangguan Seksual, Kenali Tribunal Antigangguan Seksual, Sesi Energizer, Ujian Saringan Kanser Wanita, Pemeriksaan Kesihatan Percuma serta Jualan MADANI.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak), Datuk Hajah Rosey binti Haji Yunus bersama Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Dato Lukanisman bin Awang Sauni.

Related Posts

Cuaca panas: Miri mohon tambahan anggota bomba, peruntukan tangani kebakaran belukar

MIRI – Keadaan cuaca panas dan kering yang melanda daerah ini mencetuskan kebimbangan susulan peningkatan kes kebakaran belukar yang dilaporkan semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

Harga diesel turun lagi 85 sen

Harga diesel turun lagi 85 sen

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC