‘Jangan hukum UMNO hanya kerana kurang senang dengan seorang pemimpin’

KLUANG – “Jangan hanya kerana ‘kurang senang’ dengan seorang pemimpin, parti UMNO pula dihukum dengan kekalahan,” demikian peringatan Ketua Wanita DAP, Teo Nie Ching kepada pengundi Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Timbalan Menteri Komunikasi itu juga mengingatkan pengundi Cina di DUN itu sekiranya mereka ingin ‘mengajar’ UMNO hanya kerana tidak selesa dengan seorang pemimpin daripada parti itu dengan melakukan protes seperti tidak keluar mengundi atau mengundi calon lawan maka mereka seolah-olah menghukum seluruh Kerajaan Perpaduan.

Ditanya bagaimana Nie Ching dan jentera DAP merayu pengundi Cina untuk keluar mengundi pada PRK DUN Mahkota yang akan berlangsung pada 28 September ini, tanpa berselindung beliau akui berdepan sedikit cabaran.

“Itu (tarik minat pengundi Cina keluar mengundi) itu memang merupakan satu cabaran dan sebelum saya datang ke sini (tapak ceramah) saya menghadiri dialog dan saya juga tak boleh nafikan bahawa dalam aplikasi perbualan WhatsApp juga ada pengundi-pengundi yang kurang selesa dengan seorang pemimpin daripada UMNO.

“Tetapi mesej yang kami (DAP) nak hantar kepada mereka ataupun yakinkan mereka untuk terus keluar mengundi adalah janganlah kita buat keputusan, oleh sebab seorang sahaja.

“Mungkin kita (masyarakat Cina) tak suka beliau atas pelbagai sebab, tetapi pada masa yang sama, jangan lupa bahawa kita mempunyai ramai lagi pemimpin yang bagus, yang wajib kita sokong juga.

“Janganlah kita ada pemikiran kononnya akan gunakan peluang ini (PRK) untuk kalahkan UMNO demi untuk mengajar, memberi satu pengajaran… tetapi pada masa yang sama kita perlu faham apabila kita mengalami kekalahan di sini (Mahkota), itu bukan kekalahan seseorang pemimpin (calon BN) tetapi juga kekalahan Kerajaan Perpaduan termasuk BN, PH dan seluruh Kerajaan Perpaduan,” jelas Ahli Parlimen Kulai itu ketika ditemui media selepas ceramah berkelompok Perpaduan, malam tadi.

Media sebelum ini melaporkan pemimpin PH Johor pernah menyatakan kebimbangan bahawa serangan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, khususnya oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh, boleh menjejaskan peluang BN pada pilihan raya kecil (PRK) Mahkota.

Mengulas lanjut Nie Ching berkata, kemenangan calon Kerajaan Perpaduan di Mahkota akan memberi isyarat jelas kepada pelabur asing memandangkan ekonomi Malaysia ketika ini berada di landasan yang betul, bahkan ringgit juga semakin mengukuh.

“Kestabilan politik sangat penting kepada pelabur asing, jadi jika kita tak menang di sini, kita akan hantar satu mesej kepada pelabur-pelabur asing bahawa mungkin politik di Malaysia tak stabil lagi.

“Bahkan, mungkin Langkah Sheraton akan berlaku lagi dan ini adalah perkara yang pelabur asing tak suka dan mereka takut kerana apabila ada pertukaran kerajaan mestilah melibatkan pertukaran dari segi polisi.

“Jadi saya harap pengundi-pengundi Mahkota bolehlah bantu kami menangkan calon daripada BN supaya kita boleh hantar mesej yang cukup jelas kepada pelabur asing yang ramai sekarang yang memberi tumpuan mereka di Johor Bahru untuk tunjukkan bahawa kita di Johor dan juga di Malaysia ada kestabilan politik,” katanya lagi.

Related Posts

Undi tertinggi milik Gobind, Loke kekal Setiausaha Agung DAP

TIMBALAN Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo berjaya mempertahankan kerusinya dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu dengan jumlah undi terbanyak iaitu 2,785 undi, malam ini. Bagaimanapun, Naib Pengerusi Teresa Kok…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN17 Sabah: Mohamaddin mahu pertahan kerusi DUN Segama

LAHAD DATU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi mahu mempertahankan kerusi DUN Segama miliknya dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) nanti. Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sandakan Heritage Walk: Promosi gaya hidup sihat, sejarah dan pokok warisan

  • By Fandi
  • March 16, 2025
Sandakan Heritage Walk: Promosi gaya hidup sihat, sejarah dan pokok warisan

Undi tertinggi milik Gobind, Loke kekal Setiausaha Agung DAP

Undi tertinggi milik Gobind, Loke kekal Setiausaha Agung DAP

Polis tembak mati suspek kes samun guna senjata api

Polis tembak mati suspek kes samun guna senjata api

Saya boleh masak gulai ikan temenung, tapi tak sama dengan sentuhan bapa yang memasaknya – Dr Suraiya

Saya boleh masak gulai ikan temenung, tapi tak sama dengan sentuhan bapa yang memasaknya – Dr Suraiya

Sarawak mohon kaji semula data eKasih, pastikan ketepatan kadar kemiskinan – Nancy

Sarawak mohon kaji semula data eKasih, pastikan ketepatan kadar kemiskinan – Nancy

PRN17 Sabah: Mohamaddin mahu pertahan kerusi DUN Segama

  • By Fatin
  • March 16, 2025
PRN17 Sabah: Mohamaddin mahu pertahan kerusi DUN Segama