Program Bakti MADANI tarik minat golongan belia Miri

MIRI – Program Bakti MADANI (PBM) 2025 yang sedang berlangsung di Stadium Bandaraya Miri mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan belia dan penduduk setempat.

Program anjuran bersama Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) dan Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) di bawah Pejabat Perdana Menteri itu berlangsung selama tiga hari sehingga 11 Mei ini.

Bertemakan ‘Sarawak Maju Makmur, SCORE Ke Arah Pemerkasaan Rakyat’, PBM menjadi wadah penting bagi memperkukuh hubungan strategik antara agensi kerajaan dan komuniti di peringkat akar umbi.

Pelbagai pengisian disediakan seperti pameran, jualan Rahmah, sesi pocket talk, serta penyertaan usahawan tempatan bagi menyampaikan maklumat dasar kerajaan secara langsung dan mendengar aspirasi rakyat.

Majlis perasmian dijangka disempurnakan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 10 Mei ini jam 10.30 pagi.

Antara tarikan utama PBM 2025 ialah cabutan bertuah dengan hadiah menarik seperti Proton Saga 1.3 Premium, tiga unit motosikal SM Sport 110E, iPad, televisyen pintar serta konsert rakyat bersama artis popular Baby Shima dan Alleycats.

Program turut dimeriahkan dengan acara Battle of the Bands, Karnival Usahawan RECODA melibatkan 72 usahawan PKS, serta pelbagai pameran agensi kerajaan.

Related Posts

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

TEMERLOH – Sepasang suami isteri warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 134, Jalan Kuantan–Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen