Anwar pertahan Presiden PKR, Rafizi sah bertanding jawatan Timbalan Presiden

DATUK Seri Anwar Ibrahim telah mencalonkan dirinya bagi jawatan Presiden PKR dalam pemilihan dalaman parti tersebut.

Perkara ini dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Difahamkan bahawa Anwar merupakan satu-satunya calon bagi jawatan tertinggi itu.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar pencalonannya sebagai calon presiden,” katanya.

Terdahulu hari ini, Anwar mengesahkan bahawa beliau akan mempertahankan jawatan Presiden PKR dalam pemilihan parti yang dijadual berlangsung hujung bulan ini.

“Saya belum daftar lagi. (Pencalonan untuk) jawatan Presiden masih kosong. Saya akan isi borang kemudian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meluangkan masa dan makan tengah hari di Restoran Kampung Pandan Kari Kepala Ikan Termasyhur di Putrajaya, hari ini.

Tempoh pencalonan bagi semua jawatan kepimpinan pusat masih dibuka sehingga tengah malam ini, manakala proses pengundian dijadual berlangsung pada 23 Mei semasa Kongres Nasional PKR 2025 di Johor Bahru.

Manakala, Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli turut mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini.

Rafizi telah menghantar pencalonannya pada hari ini dan semakan di laman web pemilihan PKR mengesahkan pencalonannya sekali gus menjadikan saingan setakat ini satu lawan satu dengan Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar yang turut mendaftar bagi merebut jawatan nombor dua itu.

Tempoh pencalonan akan ditutup pada jam 11.59 malam ini.

Rata-rata pimpinan parti telah menyatakan sokongan terhadap pencalonan Nurul Izzah bagi jawatan Timbalan Presiden.

Jawatan tersebut dimenangi Rafizi pada tahun 2022 selepas menewaskan bekas Setiausaha Agung parti, Saifuddin Nasution Ismail.

Related Posts

Chan kecam tindakan keluar parti demi kepentingan peribadi

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Datuk Chan Foong Hin mengecam tindakan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kapayan, Cyril Liew, yang bertindak keluar parti.  Menurutnya, tindakan segelintir pemimpin tempatan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia sokong hasrat ASEAN bangunkan ‘toolkit’ tangani jenayah siber – Fahmi

MALAYSIA selaku Pengerusi ASEAN ketika ini, komited untuk terus membantu negara-negara anggota membentuk satu garis panduan atau ‘toolkit’ serantau dalam usaha membenteras jenayah digital, termasuk buli siber dan penyebaran ideologi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Chan kecam tindakan keluar parti demi kepentingan peribadi

Chan kecam tindakan keluar parti demi kepentingan peribadi

Lelaki dengan 19 rekod jenayah lampau ditembak mati di Bukit Jambul

Lelaki dengan 19 rekod jenayah lampau ditembak mati di Bukit Jambul

Malaysia sokong hasrat ASEAN bangunkan ‘toolkit’ tangani jenayah siber – Fahmi

Malaysia sokong hasrat ASEAN bangunkan ‘toolkit’ tangani jenayah siber – Fahmi

Ahli majlis daerah wajar ‘going extra mile’ dalam sistem penyampaian perkhidmatan PBT

Ahli majlis daerah wajar ‘going extra mile’ dalam sistem penyampaian perkhidmatan PBT

Nurul Izzah diiktiraf akar umbi kerana wibawa, bukan warisan

Nurul Izzah diiktiraf akar umbi kerana wibawa, bukan warisan

SKWAK, TEKUN Kontrak-i: Suntikan modal untuk kontraktor Bumiputera

SKWAK, TEKUN Kontrak-i: Suntikan modal untuk kontraktor Bumiputera