PRN17 Sabah: PKR Zon 6 siap sedia pastikan kemenangan

TAWAU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah berupaya memastikan kesiapsiagaan jentera pilihan raya di Zon 6 bagi memastikan kemenangan parti itu menerusi Pilihan Raya Negeri ke-17  (PRN17) akan datang.

Ketua PKR Zon 6, Roslan Sapar berkata, susulan itu, satu bengkel Pemantapan Pilihan Raya yang dianjurkan pihaknya disertai 35 ahli jawatankuasa pilihan raya Zon 6 yang terdiri daripada Cabang Kalabakan, Tawau, Semporna dan Silam.

“Bengkel dua hari bermula kelmarin itu memberi pendedahan kepada peserta dengan lebih memahami proses dan strategi pilihan raya.

“Bengkel ini juga berupaya meningkatkan kemahiran Petugas Pilihan Raya di samping mengukuhkan kerjasama dalam kalangan jentera demi menjamin kemenangan di Zon 6,” katanya selepas merasmikan Bengkel Pemantapan Pilihan Raya PKR Zon 6, di Tawau.

Dalam pada itu, Roslan turut menyeru komitmen padu setiap petugas dan sukarelawan pilihan raya berikutan ia amat penting dalam memastikan kemenangan bersama.

Related Posts

Turun Anwar: PAS tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

“APA yang kau merepek ni, Setan!” dialog legenda Ahmad Nisfu dalam filem Seniman Bujang Lapok ini kini terasa sangat relevan dengan gelagat politik semasa, terutamanya apabila melihat bagaimana PAS bertindak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

KUANTAN – Seorang remaja sedang melakukan aksi ‘wheelie’ antara 65 ditahan ketika Operasi Khas Samseng Jalanan di sekitar bandar raya ini, semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun Anwar: PAS tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

Turun Anwar: PAS tak percaya qada’ dan qadar Rukun Iman ke-6

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Remaja tengah ‘wheelie’ antara 65 ditahan dalam operasi khas

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Isu air, tenaga di Sabah perlu ditangani – Fadillah

Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

  • By Siti
  • July 14, 2025
Jerman kecam rancangan Israel pindahkan penduduk Palestin ke Rafah

Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

  • By Siti
  • July 14, 2025
Lawatan ke Kuala Lumpur ubah pandangan pelancong India

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka

Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka