TMM2026 tak pinggir mana-mana negeri

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua kementerian memberi tumpuan meningkatkan keupayaan Malaysia dalam bidang pelancongan, pelaburan dan ekonomi tanpa meminggirkan mana-mana negeri menerusi Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, unjuran pendapatan sebanyak RM147.1 bilion bakal dijana termasuk sasaran kehadiran 35.6 juta pelancong menerusi TMM2026 mampu dicapai melalui pembabitan semua pihak.

“TMM2026 adalah pendekatan baharu dalam menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama dan ini bermulanya satu inisiatif, ikhtiar supaya betul-betul mencatat pertumbuhan pelancongan ke seluruh negara.

“Saya minta semua kementerian memberikan tumpuan supaya Malaysia dapat meningkatkan keupayaan bidang pelancongan dan tentunya pelaburan serta ekonomi supaya tidak ada kawasan atau negeri yang tersisih dan tertinggal,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Kempen TMM2026 di Sepang, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Anwar berkata, sasaran kehadiran 35.6 juta pelancongan bakal menjana pendapatan RM147.1 bilion itu disifatkan sebagai pragmatik dan realistik.

Katanya, jika unjuran itu dicapai, ia secara tidak langsung memberi manfaat besar kepada pelbagai sektor di negara ini seperti pelancongan, makanan dan minuman serta industri berkaitan.

“Namun, di sebalik angka utama ini, matlamat kita jelas iaitu mempromosikan pelancongan lestari kepada alam sekitar dan komuniti.

“Pelancongan ini bertindak sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi sambil menyediakan pengalaman yang bermakna dan tidak dapat dilupakan kepada pelawat.

“Malaysia bukan sekadar destinasi biasa tetapi destinasi yang unik, mesra alam dan diperkaya dengan keunikan rakyatnya yang berbilang budaya dan bangsa,” katanya.

Perdana Menteri berkata, matlamat itu juga selaras dengan kerangka Madani, iaitu nilai teras pembangunan negara dengan mengutamakan kelestarian seiring pencapaian tahap yang lebih tinggi.

Related Posts

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

PUTRAJAYA – Amerika Syarikat (AS) sudah menggerakkan usaha diplomatik bagi membolehkan Presiden Donald Trump menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, Oktober ini. Setiausaha Negara AS, Marco Rubio berkata, pentadbiran AS sedang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

PUTRAJAYA – Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) perlu menumpukan kepada keutamaan strategik sektor agromakanan serta memastikan pelaksanaannya di peringkat lapangan diterjemah dengan berkesan bagi menjamin kesejahteraan petani, peladang dan nelayan. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

Teraju Pahang slogan kosong Pas

Teraju Pahang slogan kosong Pas