PRN17 Sabah: AMK pertimbang calon muda, elak politik retorik – Kamil Munim

KOTA KINABALU – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR, Muhammad Kamil Munim memberi bayangan bahawa AMK akan memainkan peranan penting dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah kali ini, termasuk kemungkinan menampilkan beberapa calon muda yang berpotensi.

“Insya-Allah, kita sedang menilai beberapa tokoh muda yang berwibawa untuk diketengahkan.

“Tidak ada yang salah untuk meletakkan tokoh-tokoh muda sebagai pelapis kepimpinan negeri,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Nurul Izzah mengenai permintaan 13 kerusi dari PKR.

Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh wartawan TMP selepas Forum Ekonomi Belia, Aspirasi MADANI Dalam Membangun Sabah Maju Jaya, di Dewan Amil Jaya, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, di sini pada Selasa.

Menurutnya lagi AMK mahu fokus kepada penyampaian dasar yang berkesan dan mengelakkan pendekatan politik retorik menjelang PRN17 akan datang.

Tambah beliau, sayap pemuda parti itu perlu menunjukkan bahawa banyak dasar kerajaan pada hari ini sebenarnya berjalan dengan baik dan memberi kesan yang positif kepada rakyat.

“Mungkin kelemahan yang perlu kita akui adalah dari segi penyampaian dan penerangan.

“Jadi, maklumat itu sebenarnya tidak sampai ke bawah.

“Jadi, perlu ada usaha untuk memastikan bahawa segala inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan bukan sekadar retorik, sebaliknya merupakan pelaksanaan sebenar terhadap apa yang telah dirancang dan dibawa oleh kerajaan.

“Namun, hal-hal ini harus terus disampaikan kepada rakyat dan kita tidak boleh menafikan bahawa masih banyak perkara serta ruang yang perlu kita perbaiki dan tingkatkan,” katanya.

Mengulas lanjut tentang tahap kesiapsiagaan AMK menghadapi PRN17 Sabah, Kamil berkata, AMK kini berada dalam fasa akhir penyusunan jentera, termasuk perbincangan bersama parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) dan gabungan Kerajaan Perpaduan.

“Kita baru selesai pemilihan AMK dan itu sendiri adalah satu proses untuk memperkemas jentera di peringkat akar umbi.

“Insya-Allah, kita hampir lengkap dan bersedia,” katanya.

Related Posts

UMNO guna strategi ‘luar kotak’ pikat pengundi muda

KUALA LUMPUR – UMNO akan menggunakan pendekatan ‘di luar kotak’ termasuk kaedah komunikasi bukan lisan, bagi menarik sokongan pengundi muda yang kini menjadi kumpulan majoriti dalam landskap politik negara. Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

KUANTAN – Pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut bukan hanya mengancam nyawa pengguna jalan raya yang tidak bersalah, malah memberi bebanan ekonomi kepada waris mangsa. Tindakan memandu dalam keadaan mabuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

United kalahkan Liverpool, sah layak ke UCL musim depan

United kalahkan Liverpool, sah layak ke UCL musim depan

UMNO guna strategi ‘luar kotak’ pikat pengundi muda

UMNO guna strategi ‘luar kotak’ pikat pengundi muda

12 laporan polis, suspek hina Sultan Selangor akhirnya dicekup

12 laporan polis, suspek hina Sultan Selangor akhirnya dicekup

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk