4 Jun diisytihar cuti tambahan di Sarawak sempena Gawai dan Hari Keputeraan Agong

KUCHING – Kerajaan Sarawak mengisytiharkan 4 Jun 2025 (Rabu) sebagai Hari Kelepasan Am tambahan bagi perkhidmatan awam negeri ini sempena sambutan Hari Gawai Dayak dan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dalam satu pekeliling memaklumkan, keputusan itu dibuat berikutan pertindihan kedua-dua perayaan tersebut yang jatuh pada 2 Jun 2025.

“Hari Kelepasan Am tambahan ini melibatkan semua perkhidmatan awam termasuk Badan Berkanun Sarawak dan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh negeri,” menurut kenyataan bertarikh 26 Mei 2025 itu.

Tambahnya, pengisytiharan cuti ini diambil bagi menghormati dan memberi ruang kepada rakyat Sarawak menyambut kedua-dua perayaan berkenaan dengan penuh makna.

Sambutan Hari Gawai Dayak merupakan perayaan utama bagi masyarakat Dayak di Sarawak manakala Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong merupakan cuti umum peringkat Persekutuan.

Related Posts

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

Oleh: LINA B SIBU – Pembukaan Institut Latihan Maritim TCCS Marine Sdn Bhd dan pelancaran Pusat Latihan Simulator di sini dilihat sebagai satu pencapaian penting dalam memperkasakan pembangunan modal insan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

SIBU – Pembukaan Institut Latihan TCCS Marine Sdn Bhd disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkasakan ekosistem latihan maritim negara selaras keperluan industri perkapalan yang semakin kompleks. Ketua Pengarah Jabatan Laut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi