PRK Nenggiri: Zahid jumpa Ku Li

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Presiden Umno itu menerusi hantaran di Facebooknya berkongsi gambar beliau bertemu pemimpin veteran Umno tersebut yang turut dikenali sebagai Ku Li.

“Di hari Jumaat yang mulia ini, kami pohon agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan kami di Nenggiri nanti. Insya-Allah,” tulisnya.

Pertemuan itu dipercayai membincangkan mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Gua Musang, bulan depan.

Sebelum ini Tengku Razaleigh berkata, UMNO Gua Musang membawa misi wajib menang pada PRK DUN Nenggiri bagi menebus kembali kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Susulan itu, beliau berkata jentera akan digerakkan secara habis-habisan untuk memperoleh kemenangan PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos ini.

Semalam UMNO Kelantan mengumumkan Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dipilih sebagai calon yang akan bertanding pada PRK DUN Nenggiri bulan depan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, pemilihan Mohd Azmawi, 38, diputuskan Ahmad Zahid selaku presiden parti dan mendapat sokongan daripada kepemimpinan UMNO Gua Musang serta akar umbi. 

Related Posts

Benteng UMNO Kedah tetap kukuh walau tidak lagi memerintah

PADANG TERAP – UMNO Kedah menegaskan bahawa parti itu masih mempunyai kekuatan tersendiri di negeri ini walaupun tidak lagi memegang tampuk pentadbiran sejak 2018. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Jambatan Batang Rajang penghubung Tanjung Manis rasmi dibuka, pendekkan masa perjalanan 

  • By Winny
  • March 27, 2025
Jambatan Batang Rajang penghubung Tanjung Manis rasmi dibuka, pendekkan masa perjalanan 

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM