Isu dibangkit Wan Ahmad Fayhsal penting, tapi tidak bermakna dia boleh jadi bebal – Puad

KUALA LUMPUR – Keputusan Dewan Rakyat menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selama enam bulan adalah tepat, kata Datuk Mohd Puad Zarkashi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata ia bukan perkara baharu kerana ramai Ahli Parlimen dikenakan tindakan sama sebelum ini.

“Sepatutnya Wan Fayhsal digantung setahun sebagai pengajaran kepada semua MP, jangan cemar kemuliaan Parlimen hanya untuk jadi populis.

“Isu Blackrock yang beliau bangkitkan memang penting. Ia isu kepentingan nasional. Tetapi tidak bermakna dia boleh bertindak bebal.

“Ahli Parlimen mesti tahu batas. Apa yang berlaku membuktikan ramai Ahli Parlimen tidak tahu peraturan. Sebab itu cakap hentam kromo,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Sehubungan itu Mohd Puad yang juga Speaker DUN Johor berkata ada baiknya Ahli Parlimen diwajibkan hadir kursus mengenai peraturan tetap mesyuarat.

“Wan Fayhsal patut bersyukur. Elaun parlimennya tidak disekat.

“Kes Gobind Singh Deo jadi landmark. Mahkamah Persekutuan putuskan Parlimen tidak ada hak sekat elaun Gobind yang digantung setahun pada tahun 2009,” katanya.

Semalam Wan Ahmad Fayhsal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan, susulan dakwaannya mengenai surat layang dikatakan mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Keputusan itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul selepas usul berkenaan mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen, dengan 110 Ahli Parlimen bersetuju dan 63 tidak bersetuju, selepas undi belah bahagi dijalankan, manakala tiga tidak mengundi dan 46 tidak hadir.

Usul berhubung penggantungan Wan Ahmad Fayhsal dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Related Posts

Kemunculan pertama Ahmad Samsuri sebagai Pengerusi PN kurang meyakinkan – Pemerhati politik

KEMUNCULAN pertama Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dalam sidang media baru-baru ini disifatkan sebagai kurang meyakinkan. Pemerhati politik, Ahmad Mursi, menerusi kenyataan di Facebook…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KJ serah surat rayuan kembali bersama UMNO

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang sebelum ini dipecat daripada parti secara rasmi telah menyerahkan surat rayuan untuk kembali bersama UMNO, pada Ahad. Surat permohonan tersebut diserahkan sendiri oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan