3 anggota polis ditahan kehilangan bahan api pesawat

SUBANG – Tiga anggota polis antara enam individu yang ditahan susulan laporan kehilangan bahan api jenis kerosin Jet-A1 di Pangkalan Udara Semenanjung, Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata tiga suspek berkenaan adalah pegawai rendah polis yang bertugas di dalam Pangkalan Udara berkenaan.

Menurutnya, kesemua lelaki berusia 31 hingga 55 tahun itu ditahan dalam beberapa siri tangkapan pada Selasa lalu.

Katanya, polis terdahulu menerima laporan berhubung kehilangan bahan api itu pada Isnin.

“Berdasarkan laporan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah jenayah.

“Ekoran daripada siasatan, enam lelaki termasuk tiga pegawai rendah polis yang bertugas di Pangkalan Udara Semenanjung PDRM ditahan.

“Kesemua tangkapan direman antara dua ke tujuh hari bermula tarikh tangkapan hingga 23 Julai oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan mengikut undang-undang walaupun kes membabitkan anggota polis.

Related Posts

Langkah baharu bakal diperkenal bantu golongan sukar dapat pekerjaan – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperkenalkan beberapa inisiatif tambahan dalam masa terdekat bagi membantu golongan yang masih belum mendapat peluang pekerjaan susulan tekanan daripada krisis bekalan global. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan tambah RM5 bilion kemudahan SJPP bantu PMKS hadapi krisis Asia Barat

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengumumkan penambahan kemudahan sebanyak RM5 bilion di bawah skim Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menghadapi kesan krisis Asia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Kontraktor G1 desak projek MARRIS dikembali kepada kerajaan negeri, bukan konsesi

Kontraktor G1 desak projek MARRIS dikembali kepada kerajaan negeri, bukan konsesi

KPDN Perak rampas lebih lapan tan barang kawalan bernilai hampir RM22,000

KPDN Perak rampas lebih lapan tan barang kawalan bernilai hampir RM22,000

Langkah baharu bakal diperkenal bantu golongan sukar dapat pekerjaan – PM

Langkah baharu bakal diperkenal bantu golongan sukar dapat pekerjaan – PM

Kerajaan tambah RM5 bilion kemudahan SJPP bantu PMKS hadapi krisis Asia Barat

Kerajaan tambah RM5 bilion kemudahan SJPP bantu PMKS hadapi krisis Asia Barat

Kerjasama institusi kewangan perkukuh daya tahan ekonomi negara – PM

Kerjasama institusi kewangan perkukuh daya tahan ekonomi negara – PM