PRK Nenggiri: Polis Kelantan buka enam kertas siasatan

GUA MUSANG – Polis membuka enam kertas siasatan daripada 18 laporan berhubung kes membabitkan kesalahan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, ia melibatkan Akta Kesalahan Pilihan Raya Seksyen 4 (a) (1), Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.

Katanya, siasatan juga telah dijalankan terhadap satu laporan berhubung satu video yang dimuat naik menerusi akaun laman sosial TikTok.

“Siasatan ini perlu kerana kita tidak boleh bergantung pada TikTok atau YouTube sahaja dan kita akan menghantar audio berkenaan kepada unit forensik untuk disiasat.

“Kita mahu buat siasatan terhadap aduan yang telah dibuat ini dengan adil dan tiada pilih kasih dan semestinya siasatan sehalus-halusnya,” katanya pada media selepas meninjau keadaan di Pusat Mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Asap, di sini, hari ini.

Menurut beliau, kesemua kertas siasatan akan disiapkan dalam tempoh terdekat bagi tujuan pendakwaan.

Dalam perkembangan lain, Muhamad Zaki memberitahu, beliau berpuas hati dengan gerak kerja perjalanan kempen PRK.

“Semua parti politik mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan,” katanya.

Related Posts

Pas perlu tinggalkan sikap khianat jika mahu UMNO laksana perubahan

KUALA LUMPUR – Cadangan Tan Sri Abdul Hadi Awang agar UMNO kembali kepada perjuangan Islam boleh dipertimbangkan sekiranya pemimpin Pas membuang rasa khianat dan tidak bersikap tikam belakang kepada rakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH Negeri Sembilan terus raih sokongan akar umbi

PAKATAN Harapan (PH) di Negeri Sembilan terus menerima sokongan daripada akar umbi yang mahukan kestabilan politik dikekalkan bagi memastikan agenda pembangunan negeri dapat diteruskan secara berkesan. Ahli Dewan Negara, Senator…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas perlu tinggalkan sikap khianat jika mahu UMNO laksana perubahan

Pas perlu tinggalkan sikap khianat jika mahu UMNO laksana perubahan

PH Negeri Sembilan terus raih sokongan akar umbi

PH Negeri Sembilan terus raih sokongan akar umbi

Agro Tamu Medamit terus perkasa ekonomi masyarakat luar bandar

Agro Tamu Medamit terus perkasa ekonomi masyarakat luar bandar

Orang Asli Gua Musang risau projek jalan perhubungan desa tertangguh

Orang Asli Gua Musang risau projek jalan perhubungan desa tertangguh

Jurukimpal dipenjara 33 tahun, 32 sebatan rogol anak tiri

Jurukimpal dipenjara 33 tahun, 32 sebatan rogol anak tiri

Cadangan ADUN lantikan cetus perdebatan, PKR negeri suarakan kebimbangan

Cadangan ADUN lantikan cetus perdebatan, PKR negeri suarakan kebimbangan