Jurukimpal dipenjara 33 tahun, 32 sebatan rogol anak tiri

PASIR MAS – Seorang jurukimpal dijatuhi hukuman penjara 33 tahun dan 32 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah atas enam pertuduhan merogol serta satu pertuduhan mencederakan anak tirinya sejak tahun 2022.

Hukuman tersebut dijatuhkan Hakim Zulkpli Abdullah terhadap tertuduh berusia 40 tahun selepas lelaki itu mengaku melakukan perbuatan berkenaan terhadap mangsa yang merupakan anak tirinya sendiri.

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa ketika remaja itu berusia 14 tahun empat bulan dan 15 tahun tiga bulan di sebuah rumah di Pengkalan Kubor, Tumpat sekitar Jun 2022 dan April 2023.

Bagi pertuduhan ketiga hingga keenam pula, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan terhadap mangsa di lokasi sama antara Mei 2025 hingga April lalu.

Mahkamah turut dimaklumkan tertuduh turut mencederakan mangsa pada 25 April lalu sebelum dia ditahan polis beberapa hari kemudian.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyha Nailah Harizan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan pada 29 April lalu selain mengarahkan tertuduh menjalani kaunseling pemulihan di penjara dan berada di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat hukuman.

Foto: Utusan Malaysia

Related Posts

Kerajaan Perpaduan tidak perlu ‘abang besar’ jika mahu kekal stabil

KUANTAN – Kestabilan dalam hubungan antara parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan hanya boleh dikekalkan jika semua pihak mengamalkan sikap saling hormat-menghormati. Penubuhan Kerajaan Perpaduan itu sendiri pada asasnya adalah untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Agro Tamu Medamit terus perkasa ekonomi masyarakat luar bandar

LIMBANG – Penganjuran Agro Tamu Medamit terus menjadi platform penting dalam merancakkan pertumbuhan sosioekonomi komuniti luar bandar, khususnya di kawasan Medamit dan Batu Danau. Program anjuran Jawatankuasa Tamu Medamit itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Perpaduan tidak perlu ‘abang besar’ jika mahu kekal stabil

Kerajaan Perpaduan tidak perlu ‘abang besar’ jika mahu kekal stabil

Syarat baharu import EV CBU mulai Julai

Syarat baharu import EV CBU mulai Julai

MADANI ​menelusuri denyut nadi rakyat

MADANI ​menelusuri denyut nadi rakyat

Pas perlu tinggalkan sikap khianat jika mahu UMNO laksana perubahan

Pas perlu tinggalkan sikap khianat jika mahu UMNO laksana perubahan

PH Negeri Sembilan terus raih sokongan akar umbi

PH Negeri Sembilan terus raih sokongan akar umbi

Agro Tamu Medamit terus perkasa ekonomi masyarakat luar bandar

Agro Tamu Medamit terus perkasa ekonomi masyarakat luar bandar