Muhyiddin tidak wajar guna nama Sultan Pahang dalam kempen politik

KUANTAN – Sikap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berkempen di Nenggiri sangat mengecewakan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ucapan dibuat Muhyiddin dalam siri kempen pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri, Gua Musang menunjukkan Ahli Parlimen Pagoh itu seperti tidak menghormati institusi istana.

“Saya sungguh kecewa dan terkilan dengan ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berkempen di PRK Nenggiri yang
secara biadab menyentuh kewibawaan
Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sewaktu baginda sebagai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

“Sebagai mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin tidak sepatutnya mengheret institusi istana dalam kempen politiknya yang sempit semata-mata untuk meraih undi dan mengaburi
rakyat tentang apa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

“Saya yakin dan percaya, rakyat mengetahui dan bersetuju kewibawaan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku berjaya menghentikan kemelut politik
negara daripada terus berpanjangan dengan menubuhkan Kerajaan Perpaduan, di mana Pas dan Bersatu menolak titah Tuanku ini,” katanya.

Naib Presiden UMNO itu meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap Muhyiddin yang secara sengaja mencetuskan suasana tidak harmoni dengan menyentuh isu 3R (Kaum, Agama, Institusi Diraja) dalam kempen politiknya.

Tindakan tegas perlu diambil agar ia menjadi pengajaran dan peringatan kepada semua pihak.

“Saya berharap rakyat di negara ini perlu terus menghormati institusi diraja yang merupakan lambang kedaulatan dan kestabilan negara serta simbol penyatuan dan pelindung rakyat
jelata,” tegasnya.

Related Posts

Penggantungan Bersatu dijangka beri kesan kepada PN di peringkat nasional

TINDAKAN penggantungan melibatkan Bersatu dilihat tidak memberi kesan besar terhadap kedudukan Pas di Terengganu, namun berpotensi memberi implikasi lebih besar kepada landskap Perikatan Nasional (PN) di peringkat nasional. Pensyarah Fakulti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cadangan 5 ADUN lantikan cemar demokrasi – Kor Ming

JOHOR BAHRU – Cadangan pelantikan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Johor terus mencetuskan polemik apabila Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Nga Kor Ming menyifatkan langkah itu sebagai tidak demokratik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penggantungan Bersatu dijangka beri kesan kepada PN di peringkat nasional

Penggantungan Bersatu dijangka beri kesan kepada PN di peringkat nasional

SPRM Sabah perkukuh pencegahan, pembudayaan integriti dalam usaha banteras rasuah

  • By Ynom
  • May 9, 2026
SPRM Sabah perkukuh pencegahan, pembudayaan integriti dalam usaha banteras rasuah

Cadangan 5 ADUN lantikan cemar demokrasi – Kor Ming

Cadangan 5 ADUN lantikan cemar demokrasi – Kor Ming

Anwar umum RM31 juta, pelbagai projek demi kesejahteraan rakyat Pulau Banggi

Anwar umum RM31 juta, pelbagai projek demi kesejahteraan rakyat Pulau Banggi

Titah Tengku Hassanal lahir daripada rasa tanggungjawab, prihatin

Titah Tengku Hassanal lahir daripada rasa tanggungjawab, prihatin

PMX mahu Pulau Banggi jadi contoh kawasan terpencil tidak terbiar

PMX mahu Pulau Banggi jadi contoh kawasan terpencil tidak terbiar