ADUN Krian gesa ketua kaum sampaikan dasar kerajaan kepada rakyat

SARATOK – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik mengingatkan semua ketua kaum agar bekerjasama dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada setiap lapisan masyarakat.

Beliau menyampaikan amanat tersebut ketika menghadiri Majlis Perasmian Program Nemuai Ngundang Rakyat yang diadakan di RH Sylvia Gupie, Meruji Ili Kabo, Saratok.

Katanya, program ini sangat sesuai untuk agensi kerajaan dalam menyampaikan dasar kerajaan selain mengeratkan hubungan dan mengetahui keperluan rakyat.

“Melalui program ini, projek boleh dipohon secara terus selain melalui laman sesawang rasmi kerajaan.

“Pada era serba moden ini, rakyat perlu tahu menggunakan fungsi media masa dalam urusan pentadbiran dengan kerajaan,” katanya.

Tambah beliau, segala maklumat berkaitan projek yang sudah dijalankan ataupun bakal dijalankan dapat disampaikan kepada masyarakat.

Selain itu, beberapa program lain turut diadakan seperti demonstrasi pemadaman kebakaran daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Saratok, taklimat Jabatan Tanah dan Ukur, pameran Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) dan Ceramah Majlis Adat Istiadat Bahagian Adat Iban Kuching.

Turut hadir Ahli Dewan Negara Senator Pele Peter Tinggom, ADUN Meluan Rolland Duat Jubin, Residen Betong Richard Micheal Abu Nawas, Supt. Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Betong Moris Nayup, Pensyarah Kanan UiTM Sabah Tony Paridi, Wakil Majlis Adat Istiadat Bahagian Adat Iban Kuching Lambat Lindong, Temenggong Richard Mulok, Pemancha Thomas Lamit Pemancha Norman Ngumbang, penghulu dan tuai rumah di kawasan Kabo.

Related Posts

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

PUTRAJAYA – Pulau Tioman bakal kembali bersinar sebagai destinasi pelancongan utama dunia selepas kerajaan bersetuju menyegerakan projek baik pulih infrastruktur yang kini berada dalam keadaan kritikal. Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

TAWAU – Dalam dunia kulinari yang semakin moden, tiga sepupu memilih untuk kembali kepada akar tradisi dengan mengekalkan sentuhan Bibiq (nenek) dalam setiap hidangan masakan daging rusa atau payau. Usaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap