PRK Nenggiri: Pertandingan satu lawan satu calon BN, Pas

GUA MUSANG – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara calon Barisan Nasional (BN) dan Pas pada 17 Ogos ini.

BN mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, 38, sebagai calon mewakili Kerajaan Perpaduan, manakala pencabarnya Mohd Rizwadi Ismail, 41, daripada Pas merupakan bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Kedua-dua mereka diumum sebagai calon layak bertanding oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Nenggiri, Nik Raisnan Daud, selepas selesai proses penamaan calon pada 10 pagi tadi di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang, di sini.

Nik Raisnan mengumumkan pihaknya menerima pencalonan calon Pas, Mohd Rizwadi Ismail jam 9.02 jam, sebelum disusuli calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani jam 9.08 pagi.

Nik Raisnan berkata, tiada kertas penamaan calon yang ditolak oleh pihaknya.

Terdahulu Mohd Rizwadi bergerak masuk ke pusat penamaan calon pada jam 8.45 pagi, manakala Mohd Azmawi Fikri tiba jam 9 pagi.

Ribuan penyokong daripada kedua-dua parti yang bertanding setia menunggu di luar pagar.

PRK DUN Nenggiri diadakan berikutan berlaku kekosongan luar jangka selepas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim diisytiharkan hilang keahlian Bersatu pada 13 Jun lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 17 Ogos ini dengan kempen akan berlangsung selama 14 hari bermula hari ini hingga 11.59 malam, 16 Ogos ini.

Menurut SPR, seramai 20,259 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK DUN Nenggiri yang membabitkan 20 Pusat Daerah Mengundi (PDM).

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu, Mohd Azizi menang dengan majoriti 810 undi apabila mendapat 6,517 undi, berbanding calon BN, Ab Aziz Yusoff yang memperoleh 5,707 undi.

Ini adalah PRK kesembilan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 yang sebelum ini menyaksikan PRK Parlimen Kuala Terengganu (Terengganu); DUN Simpang Jeram dan Parlimen Pulai (Johor); DUN Pelangai (Pahang); DUN Jepak (Sarawak); Parlimen Kemaman (Terengganu), DUN Kuala Kubu Baharu (Selangor) dan DUN Sungai Bakap (Pulau Pinang).

Related Posts

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

KANGAR – Kerajaan negeri memaklumkan perjanjian projek Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) melalui syarikat konsesi telah ditandatangani semasa pentadbiran Menteri Besar terdahulu, Mohd. Shukri Ramli. Menteri Besar, Abu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kontraktor G1 desak projek MARRIS dikembali kepada kerajaan negeri, bukan konsesi

KANGAR – Sekumpulan kontraktor di negeri ini menggesa agar projek Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) diserahkan semula kepada kerajaan negeri dan tidak lagi dikendalikan melalui syarikat konsesi. Wakil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Kontraktor G1 desak projek MARRIS dikembali kepada kerajaan negeri, bukan konsesi

Kontraktor G1 desak projek MARRIS dikembali kepada kerajaan negeri, bukan konsesi

KPDN Perak rampas lebih lapan tan barang kawalan bernilai hampir RM22,000

KPDN Perak rampas lebih lapan tan barang kawalan bernilai hampir RM22,000

Langkah baharu bakal diperkenal bantu golongan sukar dapat pekerjaan – PM

Langkah baharu bakal diperkenal bantu golongan sukar dapat pekerjaan – PM

Kerajaan tambah RM5 bilion kemudahan SJPP bantu PMKS hadapi krisis Asia Barat

Kerajaan tambah RM5 bilion kemudahan SJPP bantu PMKS hadapi krisis Asia Barat

Kerjasama institusi kewangan perkukuh daya tahan ekonomi negara – PM

Kerjasama institusi kewangan perkukuh daya tahan ekonomi negara – PM