Dua pekerja kapal maut dalam letupan bot di Bintulu

BINTULU: Dua pekerja kapal maut manakala seorang lagi cedera dalam satu letupan membabitkan sebuah kapal berhampiran pelantar minyak di sini.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Hendery Ardimanshah ketika dihubungi dan mengatakan pihaknya dimaklumkan tentang insiden tersebut berlaku sekitar jam 12.57 tengah malam tadi.

Katanya, ketika tiba di lokasi, pihak bomba mendapati ketiga-tiga mangsa yang terlibat dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Kami menerima panggilan dari pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membantu dalam urusan rawatan terhadap mangsa yang terlibat.

“Difahamkan ketiga-tiga mangsa adalah daripada insiden letupan kapal dan pihak bomba dalam hal ini hanya membantu pihak KKM menguruskan kecederaan mangsa yang terlibat,”katanya.

Dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Setakat ini, identiti mangsa yang maut katanya hanya dikenal pasti sebagai Muhamad Firdaus dan George manakala mangsa yang cedera adalah Ahmad Zahid.

Related Posts

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

GEORGE TOWN – Pasangan tempatan yang sebelum ini dihukum penjara selama sebulan selepas mengaku melakukan perbuatan kelucahan terlampau di jirat Cina, Batu Gantung, Air Itam di sini dibebaskan awal oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Kontraktor G1 desak projek MARRIS dikembali kepada kerajaan negeri, bukan konsesi

Kontraktor G1 desak projek MARRIS dikembali kepada kerajaan negeri, bukan konsesi