PRK Nenggiri masa terbaik kembalikan kepercayan kepada BN

KOTA BHARU – Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri merupakan peluang terbaik untuk pengundi mengembalikan kepercayaan kepada sebuah parti yang boleh memberi perubahan dengan memilih calon dari Barisan Nasional (BN) yang mewakili Kerajaan Perpaduan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, hanya BN ketika menjadi wakil rakyat di kawasan itu yang bukan sahaja mampu mengetengahkan permasalahan dan keperluan malah terbukti membawa banyak perubahan kepada Gua Musang khususnya Nenggiri.

“Saya yakin rakyat di Nenggiri telah melihat dan menilai sendiri selepas ketiadaan Barisan Nasional sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

“Rakyat agak terpinggir dan terbiar seolah-olah tiada tempat untuk mereka bergantung harap, justeru PRK kali ini adalah peluang dan masa terbaik buat rakyat mengembalikan kepercayaan kepada parti yang mampu memberi banyak perubahan terutama di Gua Musang, khususnya Nenggiri,” katanya ketika ditemui di sini.

Tambah Jazlan, secara asas pihaknya telah mendapat sokongan bukan sahaja dari Kelantan tetapi melibatkan jentera dari seluruh negara kecuali Sabah akan mula berkampung pada 21 Julai ini bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Menurut beliau, mereka akan turun padang membantu jentera di sini bagi memastikan Barisan Nasional (BN) merampas kembali kerusi DUN tersebut pada 17 Ogos ini.

“Kita telah mendapat sokongan bukan sahaja dari Kelantan tetapi seluruh parti komponen Kerajaan Perpaduan.

“Sokongan yang telah ditunjukkan berada pada tahap yang amat tinggi,”‘katanya.

Related Posts

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Oleh: Yusoff Din PEMECATAN Abdul Khalib Abdullah sebagai Ketua Bersatu Pahang dilihat membuka lagi episod pergolakan dalaman parti itu di negeri berkenaan, khususnya selepas kemelut melibatkan kem kepimpinan tertinggi parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

KUCHING – Sarawak terus komited memastikan kesejahteraan rakyat terjamin menerusi pelaksanaan dasar tenaga yang lebih efisien, khususnya bagi mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan bahan api diesel. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000