180,000 pelajar baharu terima pembiayaan PTPTN setiap tahun

KIRA-KIRA 180,000 pelajar baharu setiap tahun menerima manfaat bantuan pembiayaan kewangan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Ketua Eksekutifnya, Ahmad Dasuki Abdul Maid.

Beliau berkata, agensi itu merupakan penyelamat dan penyumbang kewangan yang besar kepada anak bangsa dalam mencapai cita-cita selain memberi peluang kepada mereka untuk meningkatkan taraf hidup keluarga, bangsa, dan negara.

“Hampir 50 peratus daripada kira-kira 350,000 pelajar yang diterima mask ke institusi pengajian tinggi (IPT) setiap tahun menerima pinjaman PTPTN. Pada awal penubuhan PTPTN, hanya sekitar 27,000 peminjam sahaja yang mendapat tajaan.

“Selepas 27 tahun, PTPTN telah mencapai kematangan dalam memastikan tiada pelajar tercicir daripada melanjutkan pendidikan di IPT disebabkan masalah kewangan,” katanya ketika menjadi tetamu program POV: Perspektif Bukan Persepsi musim kedua di Bernama Radio bersama penganalisis jenayah Kamal Affandi Hashim, baru-baru ini.

Ahmad Dasuki berkata, PTPTN memperkenalkan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) pada 1999 dengan jumlah RM1,000, yang kini telah meningkat kepada RM1,500 sebagai persediaan untuk pelajar sebelum mendaftar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan politeknik, lapor Bernama.

Menurut Ahmad Dasuki, PTPTN berusaha untuk mengubah persepsi masyarakat supaya tidak hanya dilihat sebagai pemberi pinjaman dan pengutip hutang tetapi sebagai tabung pendidikan untuk rakyat Malaysia.

Beliau berkata pada 2004, produk pertama Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) yang kini dikenali sebagai Simpan SSPN Prime dilancarkan dan pada 2015, Simpan SSPN-i Plus pula diwujudkan.

Simpan SSPN Prime menawarkan Geran Sepadan secara percuma sehingga RM10,000 bagi keluarga yang layak, iaitu ibu bapa yang mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM4,000.

“Persepsi terhadap PTPTN sebagai tabung simpanan telah meningkat sejak dua hingga tiga tahun lepas melalui promosi dan penerangan yang giat dijalankan, termasuk turn padang ke setiap sekolah.

“Geran Sepadan ini adalah insentif kewangan yang ditawarkan kepada anak-anak yang diterima dan mendaftar masuk ke mana-mand IPT diktiraf oleh kerajaan,” kata Ahmad Dasuki.

Beliau berkata, PTPTN membantu masyarakat membuat perancangan kewangan untuk pendidikan seawal usia anak-anak, yang akhirnya dapat melahirkan graduan tapa hutang melalui
Simpan SSPN.

“Dengan instrumen simpanan diwujudkan oleh PTPTN, masalah keciciran dalam kalangan pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dapat diatasi kerana produk simpanan ini juga menawarkan perlindungan takaful secara percuma,” katanya.

Ahmad Dasuki menegaskan bahawa usaha PTPTN tidak akan berhenti dengan misi utama mereka untuk menggalakkan penabungan, bagi memastikan anak-anak tidak dibebani hutang setelah tamat pengajian sekali gus mengurangkan kebergantungan masyarakat kepada pinjaman.

Sementara itu, Kamal Affandi berkata, perancangan kewangan keluarga dalam aspek pengurusan kewangan dan pendidikan adalah amat penting dalam sebuah institusi kekeluargaan.

“Pendidikan adalah jalan keluar daripada kesusahan dan kemiskinan. Simpanan juga merupakan langkah terbaik dan penting untuk setiap keluarga. Jadi, kedua-duanya (pendidikan dan simpanan) amat penting untuk masa depan anak-anak dan keluarga,” katanya.

Related Posts

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

KUALA LUMPUR – Status sebahagian kawasan di Pulau Sebatik, Sabah yang didakwa menjadi milik Indonesia masih belum dimuktamadkan dan kekal sebagai ‘grey area’. Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Raden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis tenaga global dorong fokus perkukuh sektor pertanian – Akmal

PUTRAJAYA – Kerajaan perlu mempergiat usaha memperkukuh sektor pertanian dan perladangan bagi memastikan keterjaminan makanan negara terus terpelihara susulan krisis tenaga global yang semakin meruncing. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan