Wisma Putra pantau keselamatan pelajar di Dhaka

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar (Wisma Putra) sedang mengatur pemindahan semua pelajar Malaysia di Bangladesh ke Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka demi keselamatan mereka.

Wisma Putra dalam kenyataan, berkata walaupun berhadapan cabaran logistik dan keselamatan serta masalah komunikasi berikutan sekatan internet, pihaknya komited memastikan keselamatan semua pelajar yang terkesan.

Katanya, Kementerian Luar sedang memantau dengan rapat situasi genting di Bangladesh, yang menimbulkan kebimbangan keselamatan pelajar Malaysia dan keluarga mereka di Dhaka dan Mymensingh.

“Menteri Luar (Datuk Seri Mohamad Hassan) telah mengarahkan untuk mengambil segala langkah perlu bagi memastikan keselamatan dan perlindungan pelajar kita.

“Ini termasuk memindahkan mereka ke Suruhanjaya Tinggi dan kediaman rasmi, di mana persiapan sedang dilakukan untuk menempatkan mereka dengan bekalan diperlukan,” katanya.

Tambah kenyataan itu, Suruhanjaya Tinggi sedang giat menyelaras usaha berkenaan walaupun berdepan cabaran yang besar, terutama gangguan komunikasi akibat sekatan internet

“Walaupun hanya bergantung kepada khidmat pesanan ringkas (SMS) dan perintah berkurung mula dilaksanakan tengah malam tadi, Pesuruhjaya Tinggi akan terus memantau kebajikan semua pelajar terjejas,

“Pada masa ini, Suruhanjaya Tinggi merancang untuk ke Mymensingh untuk membekalkan makanan kepada pelajar yang tidak dapat membelinya.

“Seorang pelajar dari Universiti Pertanian Bangladesh berjaya dibantu menaiki penerbangan dan dijangka tiba di Malaysia hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, pihak Suruhanjaya Tinggi menggesa semua pelajar Malaysia yang memerlukan bantuan untuk kekal berhubung dan bekerjasama dengan mereka.

“Keselamatan dan perlindungan rakyat Malaysia di luar negara adalah menjadi keutamaan kami, dan setiap tindakan sedang diambil untuk membantu mereka,” katanya.

Semalam, Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan terdapat 95 pelajar Malaysia di negara itu dan dua daripadanya telah meninggalkan Dhaka baru-baru ini dengan bantuan Suruhanjaya Tinggi.

Related Posts

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

KUALA LUMPUR – Cadangan pelantikan Pendakwa Raya melalui mekanisme Parlimen tidak dapat mengelakkan pengaruh politik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

PUTRAJAYA – Semua kementerian diarahkan meneliti semula status tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang dikenal pasti sudah lama tidak dibangunkan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan