[ULASAN] Bukan sekadar ‘kakak’ beri anak lelaki, rupanya ‘adik’ juga dapat bantuan kewangan bagi tujuan kempen.
Inilah keadaan sebenar calon Bersatu di PRK Nenggiri yang seolah hanya sekadar boneka bagi pimpinan Perikatan Nasional (PN) bagi mengekalkan kuasa.
Umum tahu calon Bersatu, Rizwadi Ismail adalah ahli Pas dan terpaksa masuk Bersatu bagi membolehkan dia menjadi calon.
Ia menggambarkan Bersatu seperti ketandusan calon yang disifatkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan ‘Bersatu seperti adik yang tiada anak lelaki’.
Namun drama ‘kakak’ dan ‘adik’ ini tidak habis di situ sahaja, rupanya ada episod yang masih panjang.
Terbaru, hasil pemantauan wartawan The Malaysia Press semalam mendapati Rizwadi membeli iklan di Facebook bagi tujuan kempen di media sosial.
Baca berita: https://themalaysiapress.com/beli-iklan-fb-calon-pn-tidak-sensitif-kematian-ismail-haniyeh/
Ia amat mengejutkan kerana parti yang berlatarbelakangkan Islam ini menjadi antara penyumbang kewangan kantung Facebook.
Namun paling mengejutkan adalah iklan tersebut dibiayai oleh akaun Pemuda Pas Malaysia.
Bagi yang masih kurang faham, kesimpulannya Rizwadi hanya sekadar boneka Pas yang bertanding atas tiket Bersatu.
Bersatu pula sudah hilang taring hingga terpaksa tunduk melutut akur dengan calon ‘katak’ Pas.
Melihat pada keadaan ini, perlukah pengundi PRK Nenggiri mempertaruhkan nasib mereka hanya bagi memuaskan nafsu politik Pas dan Bersatu?
Lebih baik peluang diberikan kepada calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Jalil yang mampu menjadi jambatan bagi DUN Nenggiri dan Kerajaan Persekutuan.
Banyak kelebihan yang boleh diperoleh penduduk tempatan berbanding bergantung harap pada kerajaan Pas Kelantan.






