PRK Mahkota: Pemilihan Syed Hussien tepat, bawa aspirasi orang muda

TEPAT merupakan kesimpulan terbaik buat Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah yang diumum sebagai calon bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 September ini.

Menurut Exco Belia Malaysia, Ibnu Rasyeed Mat Isa, pemilihan Syed Hussien disifatkan tepat bagi meneruskan legasi kepimpinan calon sebelum ini, Allahyarham Datuk Sharifah Azizah Syed Zain mewakili parti Barisan Nasional (BN) bagi DUN Mahkota.

“Pemilihan Syed Hussien tepat dalam meneruskan legasi kepimpinan Allahyarhamah Datuk Sharifah Azizah,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press pada Ahad.

Tambahnya, UMNO mahupun BN sekali lagi mengetengahkan orang muda sebagai calonnya pada PRK DUN Mahkota.

“Ini membuktikan UMNO memahami aspirasi orang muda. Pencalonan Syed Hussien sebagai calon yang padat dengan pengalaman, pengetahuan, idea serta inspirasi yang segar dan baharu, sekali gus dapat mengangkat kepentingan rakyat yang pelbagai kaum,” ujarnya yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Gantang.

Ujar Ibnu Rasyeed, pencalonan Ketua Pemuda UMNO itu membuktikan UMNO memahami aspirasi orang muda serta pemilihan calon dibuat berdasarkan boleh menang dan boleh diterima pengundi di DUN tersebut.

“Pemilihan Syed Hussien sebagai orang muda dilihat lebih mudah untuk mendekati pengundi dalam menyampaikan maklumat, mempunyai tenaga dan idea untuk membangunkan kawasan itu,” tambah Ibnu Rasyeed.

Semalam, bertempat di Command Center BN, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah sebagai calon mewakili BN dalam Majlis Pengumuman Jentera dan Pengenalan Calon BN PRK N29 Mahkota.

Turut hadir, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Saleh.

Sebelum ini UMNO juga telah membawa aspirasi anak muda dengan mencalonkan Naib Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia merangkap Pengerusi Belia Jajahan Gua Musang, Azmawi Fikri Abdul Ghani pada PRK Nenggiri lepas. Pada PRK tersebut Azmawi sebagai calon BN telah menang besar.

“Kali ini di DUN Mahkota, kita juga mengharapkan kemenangan dapat diulangi dan akan terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi,” tambahnya.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 28 September sebagai tarikh mengundi bagi PRK DUN Mahkota susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu.

Related Posts

5 formula ‘ABCDE’ mampu tawan Kedah – Ahmad Maslan

ALOR SETAR: Lima formula ‘ABCDE’ yang digunakan dalam lima pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini terbukti membawa kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) boleh digunakan untuk merampas Kedah. Ahli Majlis Kerja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan heret anak muda dalam kancah politik sempit

DATUK Seri Anwar Ibrahim menasihati semua pihak agar tidak mengheret golongan muda di negara ini ke dalam pergeseran politik sempit dan perbalahan antara kaum. Perdana Menteri menegaskan, anak muda perlu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sultan Pahang syor tubuh Pusat Rujukan Jawi

Sultan Pahang syor tubuh Pusat Rujukan Jawi

MCMC siasat pempengaruh sebar maklumat palsu

MCMC siasat pempengaruh sebar maklumat palsu

950 pekerja kilang Continental Alor Setar hilang pekerjaan akhir tahun ini

950 pekerja kilang Continental Alor Setar hilang pekerjaan akhir tahun ini

Ekspedisi Jelajah 70 tahun PPS, perkukuh hubungan dengan pelanggan

  • By Ynom
  • April 28, 2025
Ekspedisi Jelajah 70 tahun PPS, perkukuh hubungan dengan pelanggan

Kerajaan Sabah laksana banyak inisiatif pembangunan, kesejahteraan rakyat

Kerajaan Sabah laksana banyak inisiatif pembangunan, kesejahteraan rakyat

5 formula ‘ABCDE’ mampu tawan Kedah – Ahmad Maslan

5 formula ‘ABCDE’ mampu tawan Kedah – Ahmad Maslan