SG4 formula yang akan gagal

KANGAR – Penubuhan gabungan Kerajaan Empat Negeri (SG4) dilihat sebagai satu formula yang akan gagal terutama selepas memanggil Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Ketua Panel Penasihat SG4.

Setiasusaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, Mahathir diketahui umum dari sudut sejarah berjaya menggagalkan beberapa institusi penting negara.

“Saya fikir apa dilakukan (SG4) lebih bersifat politik. Kerajaan Persekutuan tidak pernah mengenepikan peruntukan untuk Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

“Dari segi peruntukan peringkat Pusat itu sentiasa berjalan, jadi kenapa nak digabungkan negeri-negeri tersebut seolah-olah nak diasingkan daripada konsep Persekutuan. Daripada saya, ia lebih bersifat politik,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Minum Petang Bersama Pimpinan dan Anggota PKR Negeri Perlis.

Ketika diminta mengulas komen netizen di laman sosial yang mengatakan SG4 seolah-olah tiada ‘fundamental’ atau asas yang kuat, Shamsul Iskandar menerangkan kunci kejayaannya adalah hubungan antara kerajaan negeri dan Pusat.

“Asasnya dalam mana-mana program atau projek pembangunan, ia mestilah ada hubungan baik antara Persekutuan dan negeri.

“Jadi dalam konteks ini, adakah Persekutuan mengenepikan negeri? Tidak. Jadi kenapa negeri hendak mengenepikan Persekutuan seolah-olah ingin menunjukkan bahawa mereka tidak disantuni atau tidak diberikan peruntukan yang adil,” ujarnya.

Beliau berpendapat SG4 adalah lebih bersifat untuk menunjukkan kebersamaan mereka dan gerakan gabungan itu tidak ada agenda yang jelas.

“Bagaimana pelan dan perancangan ekonomi yang jelas keempat-empat negeri ini dan apa tujuan mereka serta bagaimana mereka nak berdiri sendiri tanpa bantuan Persekutuan?” soalnya.

Related Posts

Ulama UMNO sokong pandangan Syeikh Wazir

PUTRAJAYA – Majlis Ulama UMNO bersetuju dengan pandangan ulama pondok Kelantan bahawa Kerajaan Perpaduan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim dikekalkan sehingga akhir penggal. Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr Khairuddin Takiri berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Himpunan turun Anwar gugat keyakinan pelabur, jejas ekonomi rakyat – MB Perak

BERUAS – Rakyat Perak dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan sentimen pembangkang yang mengajak orang ramai menyertai Himpunan Turun Anwar yang dijadual berlangsung pada 26 Julai ini di Kuala Lumpur. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

Himpunan Turun Anwar sekadar drama politik, pembangkang terdesak kekal relevan

Himpunan Turun Anwar sekadar drama politik, pembangkang terdesak kekal relevan

Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

Pemancing hilang di Umas-Umas

Pemancing hilang di Umas-Umas

Kerajaan Sabah perkenal inisiatif BAYU, bantu pelajar bayar yuran MUET

  • By Ynom
  • July 20, 2025
Kerajaan Sabah perkenal inisiatif BAYU, bantu pelajar bayar yuran MUET