TPM mahu barisan Kerajaan Perpaduan beri sokongan kepada calon

KLUANG – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu semua pihak dalam barisan Kerajaan Perpaduan terus memberikan sokongan kepada calon yang mewakili jentera itu pada Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota nanti.

Presiden UMNO itu mahu semuanya berjalan lancar dengan jentera parti bergerak baik seperti ditunjukkan dalam PRK DUN Nenggiri bulan lalu.

“Semua jentera mesti gerak dengan baik, jentera MCA mesti gerak cukup kuat, ‘assignment’ (beri tugas) kepada MIC untuk santuni masyarakat India.

“Kita mahu daripada 7 hari bulan sehingga 14 September ini (sebelum hari penamaan calon), ada tujuh hari, siapa pun jadi calon, ambil masa tujuh hari ini untuk pemujukan jentera dan penyokong.

“Tak lupa kepada rakan-rakan Parti Amanah Negara (Amanah), DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), ini pertama kali kita kombinasikan dalam satu pasukan, pasukan DUN Kerajaan Perpaduan untuk DUN Mahkota,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Jentera dan Pengenalan Calon Barisan Nasional PRK N29 Mahkota di Command Center BN N29 Mahkota di sini hari ini.

Ucapan beliau turut disiarkan secara langsung di Facebook rasmi beliau.

Turut hadir Pengarah PRK DUN Mahkota, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor dan Ketua UMNO Bahagian Kluang, Datuk Md Jais Sarday.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, kombinasi serta solidariti yang baik ditunjukkan BN dan PH itu akan menjadi formula dalam berdepan PRN di Melaka dan Johor serta Pilihan Raya Umum ke-16 nanti.

Katanya, seramai 17 calon dikemukakan kepadanya dan beliau mengkaji senarai calon berkenaan yang mempunyai ciri ‘Wali’.

‘Wali’ itu merujuk kepada boleh memenangi (winnable), diterima (acceptable) dan disukai (likeable) yang berkaliber dan berdaya.

Related Posts

Isu perebutan kuasa dalam PBB cuma spekulasi – Abdul Karim

KUCHING – Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menafikan dakwaan wujudnya persaingan senyap antara Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dan timbalannya, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Sabah hormat pandangan Rahman Dahlan, tegas parti kekal bersatu hadapi PRN17

KOTA KINABALU – UMNO Sabah menghormati hak Datuk Rahman Dahlan untuk menyuarakan pandangan peribadinya, sambil menegaskan bahawa keterbukaan sedemikian adalah cerminan kematangan politik dalam parti yang berpegang teguh kepada prinsip…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Adam Eji kongsi pengalaman buli siber, seru masyarakat lebih waspada di media sosial

Adam Eji kongsi pengalaman buli siber, seru masyarakat lebih waspada di media sosial

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik