PRK DUN Mahkota: PN Johor sedia 3 nama calon

KLUANG – Perikatan Nasional (PN) Johor telah memilih tiga nama calon yang bakal untuk bertanding sempena pilihanraya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di sini, September nanti.

Pengerusinya, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, calon dipilih merupakan anak tempatan dan kesemua mereka akan diteliti serta dinilai semula sebelum dimuktamadkan pimpinan di peringkat pusat.

“Alhamdulillah kami sudah ada calon daripada PN. Setakat ini ketiga-tiganya lelaki, ada yang pernah bertanding dan ada juga yang baru pertama kali bertanding.

“Senarai tiga nama calon untuk PRK DUN Mahkota ini akan diserahkan kepada pucuk pimpinan parti selewat-lewatnya minggu ini,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat persiapan PRK DUN Mahkota di Pejabat Bersatu Kluang di Taman Saujana Kluang, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Perhubungan Gerakan Negeri Johor, Datuk Teo Kok Chee; Pesuruhjaya Pas Negeri Johor, Abdullah Husin dan Bendahari PN Johor, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Bekas Menteri Besar Johor itu berkata, persiapan rapi sudah dilakukan untuk PRK DUN Mahkota termasuk menyiapkan bahagian angkat di Pusat Daerah Mengundi (PDM).

Related Posts

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

ISKANDAR PUTERI – Parti Democratic Action Party (DAP) menggesa kerajaan negeri Johor mempertimbangkan pelaksanaan persempadanan semula melibatkan tujuh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikenal pasti mempunyai jumlah pengundi terlalu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DAP arah jentera siap sedia hadapi kemungkinan PRN tiga negeri

KUALA LUMPUR – DAP mengarahkan seluruh jentera parti bersiap sedia menghadapi kemungkinan pilihan raya mengejut di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, perkara itu dipertimbangkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

  • By Ynom
  • May 5, 2026
‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

Pasar Sejahtera Rakyat Perak diperluas, RM3.7 juta bantu rakyat hadapi kos sara hidup

Pasar Sejahtera Rakyat Perak diperluas, RM3.7 juta bantu rakyat hadapi kos sara hidup

‎Cadangan ‘barter trade’ diteliti, fokus aspek keselamatan – Hajiji

‎Cadangan ‘barter trade’ diteliti, fokus aspek keselamatan – Hajiji

Murid Tahun Dua maut dilanggar van ketika pulang sekolah

Murid Tahun Dua maut dilanggar van ketika pulang sekolah

Isu gajah DAK dibawa ke perhatian PM, kebajikan haiwan jadi keutamaan

Isu gajah DAK dibawa ke perhatian PM, kebajikan haiwan jadi keutamaan