Hanya khabar angin, tiada arahan Pas desak MB Perlis letak jawatan

PUTRAJAYA – Desas-desus peletakan jawatan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, selepas 20 bulan mengetuai pentadbiran, dilihat sebagai satu lagi cubaan pihak tertentu bagi mewujudkan persepsi tidak baik terhadap kepimpinan negeri itu.

Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin ketika dihubungi The Malaysia Press berkata, khabar angin itu tidak berasas berikutan pentadbiran kerajaan Perlis masih berjalan seperti biasa.

Beliau mengesahkan perkara tersebut tidak pernah dibincangkan di peringkat parti yang membuktikan desas-desus itu hanyalah satu lagi cubaan untuk memburukkan imej Mohd Shukri.

“Itu (Mohd Shukri diarah letak jawatan) hanyalah khabar angin kerana sehingga kini, saya tidak ada mendengar langsung Pas pusat mengarahkan Mohd Shukri untuk melepaskan jawatan.

“Sehubungan itu, (Mohd Shukri) tidak perlu melayan desas-desus berita itu kerana perkara terbabit tidak pernah dibincangkan oleh pemimpin tertinggi Pas,” katanya, hari ini.

Terdahulu, wujud spekulasi mendakwa Mohd Shukri diarah untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perlis, susulan terlibat dengan pelbagai kontroversi yang memberi persepsi negatif kepada Perikatan Nasional (PN) dan Pas.

Berdasarkan hantaran seorang individu di laman X mendedahkan tarikh untuk Pengerusi PN Perlis itu berundur dari jawatan yang disandang sejak November 2022 itu telah pun ditetapkan.

Namun, Mohd Shukri yang juga Pengerusi PN Perlis merangkap Pesuruhjaya Pas negeri menafikan khabar angin berkenaan selain tidak mengetahui mengenai kewujudan desas-desus itu.

Mohd Shukri yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 2013 dilantik menjadi Menteri Besar Perlis selepas PN menang 14 daripada 15 kerusi DUN Perlis pada PRU15 lalu yang sekaligus menamatkan penguasaan kerajaan Barisan Nasional selama 65 tahun di negeri itu.

Namun, sepanjang pentadbirannya, Mohd Shukri berdepan dengan pelbagai desakan termasuk daripada Timbalan Pengerusi PN Negeri, Abu Bakar Hamzah, yang juga Ketua Badan Pimpinan (BPN) Bersatu Perlis yang mahukannya meletakkan jawatan, selepas ADUN Kuala Perlis itu tidak dilantik menjadi Exco.

Malah pada Mei lalu juga, anak kepada Mohd Shukri iaitu Mohd Syafeeq dituduh di Mahkamah Sesyen Kangar atas pertuduhan membuat tuntutan palsu sehingga RM19,000 berhubung pembekalan air mineral kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, yang dikatakan mencetus kemurkaan baginda.

Selain itu, Mohd Shukri turut disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada April lalu kerana didakwa menyalahgunakan kuasa tetapi sehingga kini tiada sebarang pendakwaan oleh pihak berkuasa.

Related Posts

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

PUTRAJAYA – “Alhamdulillah, saya juga telah ‘selamat’ dipecat oleh Parti Bersatu,” kata Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad menerusi hantaran di laman sosial Facebooknya beberapa jam lalu. Bekas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga Ahli Parlimen Bersatu termasuk Ahmad Fayhsal dipecat

PUTRAJAYA – Tiga lagi Ahli Parlimen Bersatu terdiri daripada kem yang menyokong Datuk Seri Hamzah Zainudin telah dipecat daripada parti. Mereka adalah Ahli Parlimen Padang Rengas, Azahari Hasan; Ahli Parlimen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026

  • By Ynom
  • February 13, 2026
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026