Pendidikan kunci utama masa depan – Richard Rapu

BETONG – Ahli Parlimen Betong Dr. Richard Rapu @ Aman Begri berharap anak muda dapat meningkatkan kompetensi diri dan sentiasa berusaha untuk menjadi pendidik yang lebih baik.

Katanya, pendidikan adalah kunci utama dalam membentuk masa depan anak-anak kita.

“Dengan komitmen dan usaha yang berterusan, kita mampu melahirkan generasi yang cemerlang dan berdaya saing,” jelas Richard.

Beliau juga berpesan kepada pelajar sekolah agar tidak takut untuk bermimpi besar dan berusaha mencapai cita-cita.

“Dunia di luar sana penuh dengan peluang dan cabaran. Dengan disiplin, fokus dan usaha yang berterusan, kamu semua mampu mengatasi segala rintangan,” katanya.

Tambah beliau, kejayaan tidak datang bergolek kerana ia memerlukan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Dalam Program Berfikir Inovatif dan Jitu Anjakan Kreativiti (BIJAK) yang dianjurkan SMK Ulu Layar baru-baru ini.

Dalam majlis tersebut, pelbagai acara yang diadakan seperti nyanyian lagu patriotik serta persembahan tarian daripada pelajar.

Turut hadir Pengetua SMK Ulu Layar merangkap Penasihat Jawatankuasa Program BIJAK SMK Ulu Layar, Langgie Ujang, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Ulu Layar, Mirrie Jampi, Pegawai Pendidikan Daerah Betong , Mohamad Lela Alamsa, Pegawai SISC+ PPD Betong, Nelson Peter, Pegawai Management and Science University (MSU) Sarawak, Josh Agak, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Program BIJAK SMK Ulu Layar, Aleksey Aman, Peserta Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan Atau National Profesional Qualification For Educational Leaders (NPQEL) Ambilan Januari 2024, warga pendidik SMK Ulu Layar, ibu bapa dan pelajar.

Related Posts

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

SARATOK – Tindakan seorang lelaki tempatan yang dipercayai menjadikan aktiviti penjualan loteri awam haram sebagai sumber pendapatan tambahan membawa padah apabila dia ditahan polis pada Ahad. Ketua Polis Daerah Saratok,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JTU Sabah sita ekskavator, lori dalam serbuan pasir haram

KOTA BELUD – Sebuah ekskavator dan sebuah lori disita dalam satu operasi penguatkuasaan terhadap aktiviti pengorekan serta pengambilan pasir darat secara haram di Kampung Pintasan, di sini pada 5 Mac…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemergian Syed Muhammad Naquib Al-Attas kehilangan besar legasi pemikiran Islam

Pemergian Syed Muhammad Naquib Al-Attas kehilangan besar legasi pemikiran Islam

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

Hafiz Suip meriahkan Program Sungkey Rami Cats FM

Hafiz Suip meriahkan Program Sungkey Rami Cats FM

Tarikh tengok anak bulan Syawal 19 Mac

Tarikh tengok anak bulan Syawal 19 Mac

JTU Sabah sita ekskavator, lori dalam serbuan pasir haram

JTU Sabah sita ekskavator, lori dalam serbuan pasir haram