PRK Ayer Kuning: Rekod lalu jadi taruhan BN

REKOD wakil rakyat terdahulu di samping komitmen jitu Barisan Nasional (BN) di Ayer Kuning menjadi pertaruhan untuk calon Kerajaan Perpaduan menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bulan depan.

Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Norliza Ibrahim berkata, faktor itu akan menjadi tonik untuk BN meneruskan kesinambungan pembangunan sekali gus berkhidmat untuk rakyat Ayer Kuning.

“BN bukan sekadar berjanji, tetapi mempunyai langkah-langkah dan perancangan bagi memastikan pembangunan di kawasan yang ditadbir dapat diteruskan,” katanya dipetik UMNO Online.

Mengulas lanjut, Norliza berkata, sokongan rakyat di Ayer Kuning terhadap BN juga dilihat kukuh berdasarkan rekod pentadbiran terdahulu yang berjaya membawa pembangunan dan kemajuan kepada kawasan tersebut.

“Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat, termasuk dalam aspek infrastruktur, ekonomi, dan pendidikan.

“Dalam masa yang sama, BN akan terus berusaha mendekati rakyat menerusi kempen yang lebih efektif, mendengar suara dan keperluan mereka serta memberikan penyelesaian yang terbaik,” katanya.

Norliza turut menegaskan, BN sentiasa menitikberatkan keutamaan rakyat dan menyediakan inisiatif pembangunan yang berkesan untuk masyarakat secara holistik.

“Dalam menghadapi pilihan raya ini, BN bersiap sedia untuk mempertahankan kawasan tersebut daripada sebarang cabaran pihak lawan. Lebih dari itu suntikan semangat dan keyakinan juga adalah berpaksikan kepada sokongan dan kesatuan dalam BN di Parlimen Tapah itu sendiri.

“Kerjasama erat antara UMNO, MCA, MIC, dan parti-parti sahabat yang mendukung BN menjadi faktor nilai tambah dalam keupayaan untuk mengekalkan kawasan terbabit,” katanya.

Selain itu Norliza berkata, penyatuan dalam kalangan pemimpin dan ahli parti serta rakan komponen Pakatan Harapan akan menjadi kunci kepada kejayaan BN di PRK DUN Ayer Kuning.

“Kami berpegang kepada prinsip perpaduan dan semangat kerjasama yang erat antara parti-parti komponen BN. Ini bukan sekadar perjuangan satu parti, tetapi perjuangan bersama demi rakyat,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian untuk PRK Ayer Kuning pada 26 April ini dengan tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 12 dan 22 April ini.

PRK Ayer Kuning diadakan susulan kematian wakil rakyat kawasan itu, Allahyarham Ishsam Shahrudddin, 59, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah, susulan serangan jantung ketika menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, Ishsam mewakili BN menang dengan 2,213 majoriti undi iaitu dengan 9,088 bilangan undi dalam pertembungan lima penjuru, mendahului calon PH (6,875), PN (6,812), Parti Pejuang Tanahair (105) dan Parti Sosialis Malaysia (586).

Related Posts

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

DALAM suasana politik negara yang semakin mencabar, rakyat hari ini semakin matang menilai antara perjuangan sebenar demi kestabilan negara dengan retorik politik yang hanya menanam kebencian dan perpecahan sesama umat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

TAWAU – Kegembiraan sekumpulan remaja yang mandi di Rainforest Waterfall, Taman Perwira, di sini, pada Isnin bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka ditemukan lemas sebelum disahkan meninggal dunia. Mangsa berumur…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

MADANI membina jiwa bangsa

MADANI membina jiwa bangsa