KEMENTERIAN Kewangan (MOF) mengumumkan harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara kekal tidak berubah pada harga RM3.28 dan RM2.05 seliter mulai 27 Mac hingga 2 April.
Menerusi satu kenyataan hari ini, kementerian itu berkata berkata harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga kekal tidak berubah pada RM3.03 seliter.
Sementara itu di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter untuk tempoh yang sama.
Katanya, harga ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah global dan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terjaga,” tambahnya.




