Presiden Palestin janji lawat Gaza

ISTANBUL – Presiden Palestin Mahmoud Abbas berjanji untuk melawat ke Semenanjung Gaza yang di kepung oleh rejim Israel.

Beliau berjanji akan terus berada di sisi rakyat Palestin walaupun ia meragut nyawanya.

Bercakap pada Perhimpunan Kebangsaan Besar Turkiye pada Khamis, ketika ini jumlah kematian rakyat Palestin akibat perang Israel di Gaza melebihi 40,000,

Abbas mengecam masyarakat antarabangsa yang berdiam diri dalam menghadapi kekejaman yang dilakukan oleh Israel.

“Saya telah memutuskan untuk menuju ke Semenanjung Gaza bersama-sama dengan semua pemimpin Palestin.

“Saya akan bekerja dengan semua kuasa saya supaya kita semua berdiri bersama rakyat kita untuk menghentikan pencerobohan biadab ini walaupun itu akan meragut nyawa kami. Nyawa kami tidak lebih berharga daripada anak-anak kecil di Gaza.

“Ia sama ada kemenangan atau syahid,” kata Abbas kepada parlimen Turkiye di Ankara semasa sesi khas mengenai Palestin.

Sesi itu dihadiri oleh Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, ratusan ahli Parlimen Turkiye dan pegawai tertinggi lain.

Sementara itu, Abbas memuji pendirian Turkiye, Presiden Erdogan, dan rakyat Turkiye dalam menolak dan mengutuk jenayah Israel terhadap rakyat Palestin.

Beliau juga menggesa Majlis Keselamatan PBB (UNSC) memastikan akses mereka ke wilayah yang dikepung itu.

Presiden Palestin itu menegaskan bahawa Semenanjung Gaza, Baitulmaqdis Timur, dan Tebing Barat adalah satu unit geografi yang membentuk sebuah negara Palestin yang merdeka mengikut kesahihan antarabangsa.

“Gaza adalah sebahagian daripada negara Palestin yang bersatu. Tidak akan ada negeri di Gaza sahaja. Rakyat Palestin tidak akan hancur dan tidak akan menyerah,” kata Abbas pada Khamis.

“Kami akan membina semula Gaza dan mengubati luka rakyat kami dengan sokongan negara-negara Arab dan Islam serta sekutu global, dalam rangka negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya.” katanya.

Israel meneruskan serangan ketenteraannya yang kejam ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober 2023 walaupun terdapat resolusi UNSC yang mendesak gencatan senjata segera.

Serangan Israel di Gaza telah membunuh lebih 40,000 orang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 92,400 yang lain, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Related Posts

China bantah peluasan penempatan Israel di Tebing Barat
  • SitiSiti
  • February 13, 2026

CHINA pada Khamis menegaskan bantahan terhadap peluasan penempatan haram baharu oleh Israel serta peraturan baharu yang dilihat memperkukuh kawalan negara itu ke atas wilayah pendudukan Tebing Barat. Jurucakap Kementerian Luar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelanggaran gencatan senjata berterusan, keselamatan orang awam terancam
  • SitiSiti
  • February 11, 2026

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa melaporkan serangan udara, bedilan dan tembakan Israel terus berlaku di seluruh Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lalu, sekali gus meningkatkan risiko terhadap keselamatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026

  • By Ynom
  • February 13, 2026
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026