Melaka tuan rumah Piala Emas Raja-Raja Edisi ke-102, 16 pasukan berentap

MELAKA – Melaka buat julung kalinya dipilih menjadi tuan rumah Piala Emas Raja-Raja edisi ke-102 yang bakal berlangsung Oktober ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia, Mohd Firdaus Mohamed berkata, kejohanan secara karnival itu melibatkan 16 pasukan yang akan berkampung selama 12 hari di Melaka termasuk tiga pasukan jemputan iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari (AMD).

Menurut kenyataannya dalam sidang akhbar di Ayer Keroh sebelum ini, lazimnya pertandingan ini diadakan secara liga di empat venue negeri yang berlainan namun pada edisi kali ini Melaka dipilih menjadi tuan rumah sebagai penghormatan bagi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Mengulas lanjut, Mohd Firdaus yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata, perlawanan akan berlangsung di empat venue iaitu Stadium Hang Tuah, Stadium Tun Fatimah, Stadium Universiti Teknikal Malaysia Melaka, (UTeM) dan Stadium Mini Sekolah Sukan Negeri (SSN) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kota.

Tambah beliau, juara akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM50,000 manakala naib johan sebanyak RM30,000.

Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Melaka, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali turut menjelaskan pemilihan Melaka sebagai tuan rumah dan penganjur adalah satu penghormatan dan berterima kasih diatas kepercayaan tersebut.

“Kita bersedia memberikan yang terbaik sebagai tuan rumah dan kita juga menyasarkan untuk menjadi juara Piala Emas Raja-Raja ini,” katanya.

Bagi juara bertahan, negeri Pahang akan berada di dalam Kumpulan D pada saingan Piala Emas ini yang bakal berlangsung di bandaraya Melaka pada 18 hingga 27 Oktober depan.

Majlis undian pasukan yang diadakan di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput pada Ahad lalu menyaksikan skuad Tok Gajah yang menjadi pasukan pilihan mengetuai kumpulan berkenaan yang bakal ditentang hebat Bomba Kelantan dan Pulau Pinang.

Melaka selaku tuan rumah pula berada dalam Kumpulan A bersama Kuala Lumpur, Perak dan Perlis sementara Kumpulan B disertai Selangor, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan, diikuti Kumpulan C diwakili Angkatan Tentera Malaysia (ATM), AMD, PDRM dan SPRM.

Tambah Ridhwan saingan edisi kali ini dijangka sengit dan menarik menerusi persiapan rapi semua 16 pasukan bertanding.

Katanya, aksi pembukaan membabitkan Piala Agong antara pasukan Pahang dan Selangor pada 18 Oktober di Stadium Hang Tuah yang bakal dihadiri Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam serta majlis makan malam pada keesokannya yang turut di hadiri Tun Mohd Ali dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

“Bagi venue Kumpulan A membabitkan Stadium Hang Tuah dan Padang SMK Tun Tuah manakala kumpulan B di Stadium Tun Fatimah dan Henry Gurney selain Dragor Bukit Katil dan Wisma MAFA (Kumpulan C).

“Saingan Kumpulan D pula di Kompleks Rakan Muda Lendu dan UiTM Alor Gajah sementara sesi latihan di Wisma MAFA. Penganjur juga menyediakan venue simpanan di Universiti Multimedia (MMU) dan UiTM Jasin,” katanya.

Beliau berkata, setiap perlawanan menyajikan saingan menarik dengan kehadiran pemain berbakat masing-masing, tambahan keazaman semua pasukan untuk meraih gelaran berprestij terbabit.

“Sebagai tuan rumah dan penganjur, kita mahu berikan yang terbaik dalam pertandingan sempena Tahun Melawat Melaka (TMM2024) ini sekali gus berusaha menyediakan skuad mantap selepas tersekat di suku akhir tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, Melaka turut malakukan beberapa persediaan awal, termasuk menerusi penganjuran Liga A3 dalam usaha mengenal pasti pemain berbakat untuk diketengahkan.

Apa yang menarik sambutan TMM2024 lebih meriah dengan kehadiran pemain, pegawai, penyokong dan keluarga bola sepak akan berkampung di bandaraya berkenaan pada Oktober depan.

Related Posts

HTAA rawat bekas pemain hoki tular kurang siuman

KUANTAN – Bekas pemain hoki remaja kebangsaan, Mohamad Asmawi Zaidi yang dikatakan tidak siuman kini ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), dekat sini, untuk tujuan rawatan. Pengarah Jabatan Kebajikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tengku Zafrul dipilih Presiden BAM

TENGKU Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz dipilih sebulat suara sebagai presiden baharu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam mesyuarat agung tahunan ke-80 badan induk itu hari ini. Pada 25 Mac lalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketua penjenayah ditembak mati, konco kini buruan polis

Ketua penjenayah ditembak mati, konco kini buruan polis

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat