Premis judi haram tumpas kali ke-5

AlOR GAJAH – Seolah-olah `kebal’ dan tidak gerun dikenakan tindakan apabila sebuah premis di Taman Seri Pelangi di sini, masih menjalankan aktiviti perjudian walaupun sudah empat kali diserbu pihak berkuasa dan dipotong bekalan elektrik.

Rumah kedai dilengkapi tiga kamera litar tertutup (CCTV) itu antara sembilan premis diserbu sekali lagi dalam operasi bersepadu membabitkan Ibu Pejabat Polis (IPD) Alor Gajah, Tenaga Nasional Berhad (TNB) Alor Gajah dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) di sekitar daerah ini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Azrul Mohamed berkata, beberapa premis terbabit didapati membuat penyambungan haram menggunakan alat dikenali Insulation Piercing Connector (IPC) untuk menggantikan kabel TNB dan meneruskan kegiatan mereka.

Menurutnya, dalam pemeriksaan bermula jam 10 pagi itu, TNB turut membuat pemotongan elektrik di sebuah premis di Taman Sebang Mutiara yang sebelum ini dikenakan tindakan sama sebanyak dua kali kerana menjual loteri awam tanpa lesen.

“Kebanyakan premis perjudian yang diserbu berselindung di sebalik perniagaan seperti kedai runcit dan kedai telekomunikasi selain premis ditutup seolah-olah tidak beroperasi.

“Pemilik dikesan antara lain menyediakan lubang kecil di bahagian tengah pintu dipercayai bagi mengelak dikesan pihak berkuasa serta memudahkan kaki judi berurusan termasuk membeli tambah nilai judi.

“Premis ini juga tidak mempunyai sebarang papan tanda perniagaan serta dipasang CCTV bagi memantau kehadiran pihak berkuasa,” katanya.

Tambahnya lagi, seramai lima anggota masing-masing daripada Polis Diraja Malaysia, (PDRM), TNB dan MPAG terbabit operasi berkenaan yang dilaksanakan susulan aduan orang ramai.

Lokasi yang diserbu termasuk premis di Taman Dimensi, Jalan Melaka Batu 11, Taman Lendu Bakti dan Taman Melaka Perdana.

Mengulas lanjut Azrul berkata, dalam tempoh lapan bulan tahun ini bermula Januari, sebanyak 134 serbuan dilakukan dan berjaya menahan 161 individu disyaki terbabit aktiviti perjudian.

“Sebanyak 28 premis dikenakan pemotongan bekalan elektrik bagi tempoh sama termasuk sembilan pada hari ini (semalam).

“PDRM bersungguh-sungguh dalam menangani serta menghapuskan aktiviti judi ini daripada terus bertapak di Alor Gajah ini

“Operasi ini tidak akan terhenti di sini sahaja dan akan diteruskan dan dipergiat dari semasa ke semasa,” ujarnya sambil memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 4A(a) dan 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Related Posts

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

SEMPORNA – 15 individu termasuk pelancong selamat selepas terlibat dalam insiden perlanggaran dua bot di kawasan perairan berhampiran Floating Resort dan Jeti Umum Semporna, pada Khamis. Pemangku Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

SANDAKAN – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan sejumlah RM34.2 juta bagi pelaksanaan lapan projek pembangunan utama di bandar Sandakan untuk tahun 2025. Ia meliputi bidang pengurusan sisa pepejal,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

Teraju Pahang slogan kosong Pas

Teraju Pahang slogan kosong Pas