Banjir di Kanowit, 27 mangsa termasuk 8 kanak-kanak terjejas

KANOWIT: Pusat Perpindahan Sementara (PPS) diaktifkan bertempat di Kompleks Sukan Kanowit pada 11 pagi tadi susulan paras air terus meningkat.

Sehingga 5 petang tadi, seramai 27 mangsa terdiri daripada 19 dewasa dan lapan kanak-kanak terpaksa dipindahkan ke PPS tersebut.

Terdahulu, dilaporkan Rumah Leo di Nanga Lipus, Kanowit turut terjejas apabila jalan masuk ke rumah panjang tersebut dinaiki air sedalam dua setengah kaki, sekali gus menutup jalan masuk ke kawasan tersebut.

Selain itu, satu rumah persendirian, Rumah Agnes juga turut terjejas berikutan aliran air yang deras menyebabkan penghuni rumah tersebut terpaksa dipindahkan ke PPS demi keselamatan mereka.

Antara agensi yang terlibat dalam operasi banjir ialah Jabatan Bomba Dan Penyelamat(JBPM), Polis Diraja Malaysia(PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia(RELA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).

Related Posts

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

TUMPAT – Polis menahan 11 individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Wakaf Bharu di sini yang didakwa melibatkan seorang lelaki dipukul beramai-ramai, dipercayai kerana selisih faham keluarga. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

SHAH ALAM – Sarapan percuma diberikan kepada pelajar di kesemua 873 sekolah di Selangor bagi meringankan perbelanjaan ibu bapa susulan krisis tenaga global. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa