DBKL kenal pasti 14 ‘hot spot’ banjir kilat

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenal pasti 14 lagi kawasan ‘hot spot’ banjir kilat di sekitar ibu negara dan akan mengambil langkah segera, termasuk mempercepat projek mitigasi bagi mengatasi isu berkenaan.

Antara kawasan terbabit adalah Jalan Syed Putra, Jalan Peel, Jalan Dutamas dan Jalan Pahang, Jalan Maharajalela, Jalan Raja Chulan, Jalan Genting Kelang (Utar dan Shell), Lorong Titiwangsa 11, Jalan Pahang Barat dan Jalan Tun Razak.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata, pihaknya yakin dapat menangani dan mengurangkan impak bencana berkenaan menerusi langkah sama yang dijalankan di 25 lokasi ‘hot spot’ sebelum ini.

“Semalam hanya satu daripada 25 ‘hot spot’ ini sahaja yang banjir dan naik air… bermakna apa yang DBKL dah buat selama ini (projek tebatan banjir) telah menambah baik dalam membantu mencegah dan mengurangkan risiko banjir.

“Kawasan yang terlibat (banjir kilat) dan tanah runtuh belum lagi dilaksanakan projek mitigasi dan sekarang menjadi potensi ‘hot spot’ yang baharu.

“Jadi kami sedang kaji langkah segera yang terbaik boleh diambil untuk mengatasinya,” katanya.

Semalam, media melaporkan tujuh lokasi sekitar ibu negara dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak petang melibatkan Segambut Bypass, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Pahang, Jalan Genting-Klang dan Jalan Dutamas, Jalan Kepong dan Jalan Kuching

Maimunah yang baru dilantik memegang jawatan itu Khamis lalu berkata, pihaknya juga akan mempergiat kerja penyelenggaraan kolam takungan banjir (Onsite Stormwater Detention – OSD), penyelenggaraan sungai dan parit induk secara berjadual terutama apabila musim monsun timur laut semakin menghampiri sebagai langkah pencegahan.

Beliau berkata, kerja pengorekan kelodak ke atas semua kolam takungan banjir dilakukan mengikut keperluan semasa dan juga mengikut jadual berkala yang ditetapkan selain menaik taraf saliran longkang di tepi jalan.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM