Prabowo optimis masa depan kerjasama pertahanan Malaysia-Indonesia

PUTRAJAYA – Presiden terpilih Indonesia, Prabowo Subianto menyatakan keyakinan terhadap masa depan kerjasama pertahanan antara Indonesia dan Malaysia berdasarkan momentum diwujudkan berikutan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) pada 9 Ogos 2022.

Prabowo yang juga Menteri Pertahanan Indonesia dalam kenyataan dikeluarkan Kementerian Pertahanan negara itu selepas lawatannya ke Malaysia berkata, perjanjian berkenaan akan memperkukuh kerjasama dalam industri pertahanan, pendidikan, operasi dan latihan.

Beliau menekankan bahawa kedua-dua negara telah lama mendapat manfaat daripada program latihan bersama, dengan lebih 500 pegawai di kementerian dan angkatan tentera Indonesia dilatih di Malaysia sejak 1967 dan lebih 200 anggota dari Malaysia mendapat latihan di Indonesia sejak 1970.

Mengenai pertemuannya dengan Perdana Menteri, Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur pada Jumaat, Prabowo menurut kenyataan itu menzahirkan rasa terima kasihnya atas perbincangan membina semasa pertemuan itu.

“Saya mengesahkan komitmen Kementerian Pertahanan Indonesia untuk memupuk hubungan pertahanan dua hala yang harmoni dan saling menguntungkan,” tambahnya.

Kedua-dua pemimpin turut membincangkan komitmen mereka untuk memastikan kejayaan berterusan kerjasama dua hala, bertujuan menyelaraskannya dengan pengukuhan hubungan Indonesia-Malaysia yang lebih meluas merentasi pelbagai sektor.

Lawatan Prabowo ke Malaysia adalah kali kedua sejak beliau secara rasmi diisytiharkan sebagai pemenang Pilihan Raya Presiden 2024 pada Mac.

Beliau akan menggantikan Presiden Joko Widodo pada 20 Oktober ini.

Related Posts

MTUN pacu latihan TVET, RM1 juta diperuntuk kepada UNIMAP

ARAU – Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) terus memperkukuh peranan dalam melahirkan tenaga kerja mahir menerusi latihan TVET sebagai pusat latihan utama. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Drm Ahmad Zahid…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI komited laksana 6 perkara berkait MA63 – Fadillah

KUCHING – Kerajaan MADANI akan terus komited melaksanakan enam perkara yang berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, enam perkara tersebut ialah Status Tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sandakan Heritage Walk: Promosi gaya hidup sihat, sejarah dan pokok warisan

  • By Fandi
  • March 16, 2025
Sandakan Heritage Walk: Promosi gaya hidup sihat, sejarah dan pokok warisan

Undi tertinggi milik Gobind, Loke kekal Setiausaha Agung DAP

Undi tertinggi milik Gobind, Loke kekal Setiausaha Agung DAP

Polis tembak mati suspek kes samun guna senjata api

Polis tembak mati suspek kes samun guna senjata api

Saya boleh masak gulai ikan temenung, tapi tak sama dengan sentuhan bapa yang memasaknya – Dr Suraiya

Saya boleh masak gulai ikan temenung, tapi tak sama dengan sentuhan bapa yang memasaknya – Dr Suraiya

Sarawak mohon kaji semula data eKasih, pastikan ketepatan kadar kemiskinan – Nancy

Sarawak mohon kaji semula data eKasih, pastikan ketepatan kadar kemiskinan – Nancy

PRN17 Sabah: Mohamaddin mahu pertahan kerusi DUN Segama

  • By Fatin
  • March 16, 2025
PRN17 Sabah: Mohamaddin mahu pertahan kerusi DUN Segama