Pemuda tempatan ditahan disyaki seleweng petrol bersubsidi

PADANG BESAR – Seorang pemuda tempatan diberkas penguat kuasa Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri Jumaat lalu.

Pengarah Pejabat KPDN Perlis, Hasbullah Abd. Rashid berkata, serbuan melibatkan sembilan anggota penguat kuasa itu dilakukan pada pukul 8.27 malam selepas risikan selama dua minggu.

“Dalam serbuan tersebut, seorang lelaki tempatan berusia awal 20-an didapati mengisi petrol ke dalam kenderaan yang telah diubah suai dengan dua tangki tambahan yang diletakkan di bahagian tempat duduk belakang dan bonet kereta.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua tangki tambahan itu mengandungi kira-kira 81 liter petrol bersubsidi dengan nilai rampasan berjumlah RM5,666.05,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, suspek telah ditahan bagi membantu siasatan dan kenderaan tersebut disita untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 (Akta 122)

Menurut Hasbullah, jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda sehingga RM1 juta bagi kesalahan pertama, dan bagi kesalahan seterusnya denda boleh meningkat sehingga RM3 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya sekali. Bagi syarikat, denda boleh mencecah sehingga RM5 juta.

Beliau turut menegaskan bahawa KPDN Perlis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan penyelewengan bahan api bersubsidi.

“Kementerian memberi amaran keras kepada semua pihak agar sentiasa mematuhi perundangan yang ditetapkan.

“Selain itu, siasatan juga boleh dilakukan di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2011, bagi kesalahan di bawah AKB 1961,” tegas Hasbullah.

Operasi yang dilaksanakan ini menunjukkan komitmen KPDN Perlis dalam membanteras aktiviti haram dan melindungi hak pengguna yang sepatutnya menerima manfaat daripada petrol bersubsidi yang disalurkan kerajaan Malaysia.

Related Posts

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

GEORGE TOWN – Pasangan tempatan yang sebelum ini dihukum penjara selama sebulan selepas mengaku melakukan perbuatan kelucahan terlampau di jirat Cina, Batu Gantung, Air Itam di sini dibebaskan awal oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar