PPM Karamunting tinjau Terminal Bas Batu 3 susulan aduan kebersihan, keselamatan

SANDAKAN – Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting, Datuk Chew Kok Woh meninjau Terminal Bas Batu 3, Jalan Utara di sini pada petang Selasa susulan aduan orang ramai mengenai isu kebersihan dan keselamatan di kawasan itu.

Tinjauan itu mendapati tandas awam di tingkat bawah tidak dapat digunakan kerana ketiadaan bekalan air, manakala tandas di tingkat satu hanya boleh digunakan secara terhad berikutan bekalan air yang tidak konsisten dan kadangkala terpaksa ditutup sepenuhnya.

“Bekalan air hanya disalurkan secara berkala melalui lori tangki Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) berikutan tunggakan bil air berjumlah kira-kira RM60,000 kepada Jabatan Air Negeri Sabah (JANS),” katanya dalam kenyataan.

Chew turut melahirkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan, khususnya kedudukan tandas dan surau lelaki serta perempuan yang terletak di tingkat satu kawasan terpinggir dan sunyi, sekali gus berpotensi membahayakan pengguna.

Beliau berkata tahap kebersihan di tingkat satu juga tidak memuaskan dengan kehadiran najis burung dan kotoran yang tidak dibersihkan, selain pencahayaan yang terhad akibat kerosakan lampu di kawasan terminal.

Tambahnya, situasi ini diburukkan lagi dengan keadaan jalan yang berlubang dan sukar dilihat pada waktu malam, menyebabkan risiko kepada kenderaan serta pengguna yang berada di kawasan terminal pada waktu tidak menentu. 

Menurut beliau, aspek keselamatan dan kemudahan pengguna perlu diberi perhatian kerana terminal itu menerima ketibaan dan pelepasan bas seawal pukul 3 pagi hingga selewat-lewatnya pukul 8 malam.

“Terminal ini merupakan pintu masuk utama pelancong ke Sandakan, dan keadaan fasiliti yang tidak terurus boleh menjejaskan imej bandar ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, Chew berkata isu berkenaan akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Lebuhraya dan Kemudahan Awam bulan ini bagi perbincangan dan tindakan lanjut oleh pihak berkuasa tempatan.

Related Posts

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

PAITAN – Sebanyak 15 tan bekalan makanan dan keperluan asas dihantar ke pusat agihan di Kadazandusun Cultural Association (KDCA) Paitan bagi memperkukuh operasi bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Sugut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

KUCHING – Cadangan projek mega Kereta Api Trans Borneo (TBR) disambut baik berikutan potensinya sebagai pemangkin ekonomi dan logistik yang efisien untuk wilayah ini. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan