PPM Karamunting buat laporan polis tuntut keadilan kes Zara Qairina

SANDAKAN – Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting, Datuk Chew Kok Woh membuat laporan polis berhubung kes kematian pelajar perempuan, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, di Balai Polis Daerah Sandakan, di sini, pada Selasa.

Chew berkata, laporan itu dibuat bagi menuntut keadilan serta memastikan penyiasatan dijalankan secara telus dan menyeluruh, memandangkan kes melibatkan kematian pelajar bawah umur di sebuah sekolah berasrama di Papar, Sabah.

Beliau menegaskan pihak yang bertanggungjawab, termasuk mereka yang terlibat dalam sebarang penyelewengan kuasa sehingga menyebabkan kematian pelajar berkenaan, perlu dibawa ke muka pengadilan.

“Saya membuat laporan ini sebagai rakyat Malaysia yang prihatin terhadap kebimbangan awam berkaitan kematian seorang pelajar perempuan yang dilaporkan berlaku di sebuah sekolah berasrama.

“Walaupun saya tidak mempunyai bukti khusus atau kaitan peribadi dengan keluarga mangsa, saya percaya pihak berwajib, khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan, wajar menjalankan siasatan yang bebas, telus dan tanpa campur tangan mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, keadilan yang telus bukan sahaja penting untuk keluarga mangsa, malah bagi mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap sistem pendidikan dan keselamatan di sekolah-sekolah.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM