Kerajaan Negeri pandang serius kes Zara Qairina, siasatan diharap selesai segera – Hajiji

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan bahawa Kerajaan Negeri memandang serius insiden kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, dan memberi jaminan bahawa siasatan terhadap kes tersebut akan dipantau rapi agar keadilan dapat ditegakkan.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi ibu Allahyarhamah, Puan Noraidah Lamat, dalam satu pertemuan di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya.

Turut hadir ialah isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag serta anggota Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Sabah (Mutiara GRS).

“Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya amat bersimpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah. Kami mendoakan agar mereka diberi kekuatan menghadapi dugaan berat ini,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, pada Selasa.

Menurut Hajiji, beliau telah mengarahkan Menteri bertanggungjawab dalam portfolio pendidikan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Seri Ghulamhaidar Khan Bahadar, untuk menziarahi Zara lebih awal ketika mangsa masih dirawat di hospital, sebagai bukti keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kejadian tersebut.

Mengulas mengenai gelombang solidariti rakyat melalui kempen #JusticeforZara, Hajiji menyambut baik kesedaran masyarakat yang menuntut keadilan, namun mengingatkan agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan.

“Kita serahkan kepada pihak polis dan pihak berwajib lain untuk menjalankan siasatan, dan berharap ia dapat dilengkapkan secepat mungkin demi mendapatkan keadilan untuk semua pihak,” ujarnya.

Sementara itu, isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag turut menyatakan rasa empatinya terhadap kesedihan ibu mangsa, dan menekankan keperluan meningkatkan tahap keselamatan pelajar di sekolah berasrama.

“Sebagai seorang ibu, saya amat memahami perasaan kehilangan anak tersayang. Keselamatan anak-anak, khususnya pelajar asrama, mesti diutamakan agar tragedi seperti ini tidak berulang,” jelasnya.

Allahyarhamah Zara Qairina, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, meninggal dunia pada 17 Julai lalu selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran kawasan asrama sekolahnya. Kes tersebut kini masih dalam siasatan pihak polis.

Related Posts

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

SETIAP kali menghampiri Aidilfitri, ramai di antara kita yang menghadapi tekanan kewangan. Mahu menyediakan belanja raya untuk keluarga. Mahu wajah anak bini berseri-seri gembira di pagi raya. Menyedari konteks ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi perhatian serius terhadap usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di kawasan konflik di Asia Barat susulan perkembangan keselamatan yang semakin meruncing…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia