Akmal seru pengundi luar pulang, sokong Syed Hussien di PRK Mahkota

KLUANG – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyeru pengundi yang tinggal di luar kawasan untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, 28 September ini.

Akmal memberi pesanan bahawa setiap undian adalah penting walaupun bermaustatin di luar kawasan kerana penduduk setempat tetap memerlukan undian mereka.

Menurut beliau, undian ini juga menentukan kredibiliti pemimpin yang bakal membela nasib masyarakat.

“Pertama kita kena ingat bahawa memang kadang-kadang ada orang ingat ini PRK dan tak penting tetapi kena ingat bagi yang duduk di luar kawasan mengundi di sini menentukan nasib masyarakat.

“Kalau kita salah pilih calon esok hanya ‘Yang Berhormat’ lepas itu dia hilang, jadi keluarga kita yang tinggal di sini.

“Jadi saya mohon kepada sahabat-sahabat saya di Mahkota dan luar kawasan balik pada 28 September undi calon nombor satu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media ketika hadir pada Program Santai Memancing PDM Ilham di sini, hari ini.

Turut hadir sama, calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah.

Sementara itu, beliau yang juga merupakan ADUN Merlimau berkata, pencalonan Syed Hussien mendapat respons positif daripada pelbagai lapisan generasi dan kaum.

Ujarnya, beliau juga turut mengharapkan Syed Hussien mampu mengekalkan prestasi baik ini sehingga ke tarikh pengundian kelak.

“Pencalonan Syed Hussien ini sangat-sangat positif. Tidak kira tua, muda dan kanak-kanak pun.

“Bila sebut tentang dia pun rata-rata kenal, jadi saya pasti ini adalah momentum yang sangat baik dan kita minta ianya dikekalkan sehingga ke penghujung 28 September.

“Dan mereka akan menterjemahkan kepercayaan ini dalam bentuk undi nanti Insya-Allah,” katanya.

Related Posts

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

AHLI Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mempersoalkan gesaan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lebih mengutamakan kekosongan jawatan Ketua Pembangkang, berbanding memfokuskan krisis akibat konflik Asia Barat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran