Lelaki cedera di kaki dalam kebakaran rumah

LAHAD DATU – Seorang lelaki cedera dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Dewata Batu 21 Jalan Lahad Datu – Kunak, di sini, pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, mangsa Almizan Alsin, 27, cedera ringan di kaki dalam kejadian pukul 6.50 petang.

“Sebaik menerima panggilan kecemasan, sepasukan 11 anggota bersama tiga jentera bergegas ke lokasi dan mendapati sebuah rumah jenis tidak kekal terbakar sepenuhnya.

“Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran 200 kaki tiga pancutan sumber air dari tangki jentera dan air sungai,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut Sumsoa, mangsa cedera dikejarkan ke Hospital untuk rawatan lanjut dan operasi ditamatkan pukul 8.50 malam.

Related Posts

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam parah dihempap pokok ketika ukur tanah

LAWAS – Seorang penjawat awam lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah selepas dihempap pokok ketika menjalankan kerja ukur tanah di kawasan hutan Kampung Murud Suang dan ditemui dalam keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis