Laksana cukai makanan tidak sihat demi bendung obesiti

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan buat kerajaan, khususnya pihak berkuasa berkaitan melaksanakan cukai ke atas makanan yang tidak sihat sebagai langkah membendung obesiti dan isu kesihatan.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, ia susulan tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 menunjukkan rakyat Malaysia menghadapi krisis kesihatan penyakit tidak berjangkit (NCD) dengan lonjakan individu dengan berlebihan berat badan dan obes.

Menurut beliau, cukai ke atas makanan ultra proses seperti mi segera, makanan ringan dan produk daging yang diproses juga perlu diperkenalkan.

“Sejak beberapa dekad lalu, terdapat peralihan ketara daripada pengambilan makanan lengkap atau yang diproses secara minimum kepada minuman ultra proses (UPF). Ia didorong oleh perubahan dalam sistem pembuatan serta pengedaran makanan dan peningkatan pemasaran UPF.

“Ia turut didorong oleh perubahan gaya hidup yang membawa kepada permintaan lebih tinggi bagi makanan mudah selain faktor ekonomi menjadikan UPF lebih berpatutan dan mudah diakses,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohideen berkata kebimbangan utama ialah kesan produk makanan dan UPF terhadap penambahan berat badan serta risiko beberapa NCD seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan kanser.

Katanya, mqkanan UPF yang paling popular dalam negara ialah mi segera, berikutan harga murah serta boleh didapati dalam pelbagai perisa dan bentuk selain dimasak dalam beberapa minit.

“Berdasarkan laporan Persatuan Mi Segera Dunia (WINA), Malaysia menduduki tempat ke-13 dalam penggunaan mi segera global pada 2023, dengan sebanyak 1,640 juta hidangan.

“Analisis penilaian sejawat baharu oleh Imperial College Business School mendedahkan bahawa pelaksanaan cukai ke atas makanan yang tinggi kandungan lemak, garam atau gula (HFSS) termasuk UPF boleh mengurangkan penjualan, pembelian dan pengambilan makanan ini,” katanya.

Beliau menegaskan, jika ia diambil tanpa dikawal, ia boleh membawa kepada kadar obesiti dan masalah kesihatan berkaitan diet lain lebih rendah, terutamanya apabila digabungkan dengan subsidi bagi makanan yang lebih sihat.

“Penilaian itu merangkumi penemuan daripada 20 kajian di seluruh dunia termasuk Mexico, Amerika Syarikat, Kanada, Hungary, Denmark, Belanda, Singapura dan New Zealand yang menggariskan potensi global cukai ke atas makanan HFSS malah sehingga kini, sebanyak 16 negara sudah melaksana cukai itu,” katanya.

“Sehubungan itu, CAP menggesa agar rancangan jangka panjang perlu dibangunkan dan wujud keperluan juga untuk cukai gula termasuk semua makanan tinggi gula, minuman manis dan minuman pracampuran dilanjutkan,” katanya.

Related Posts

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memperkenalkan strategi penguatkuasaan baharu bermula esok dengan penekanan terhadap pemulihan aset serta tindakan lebih tegas ke atas penjenayah kewangan yang menyeleweng dan merampas hak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

PUTRAJAYA – Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) melaksanakan program bersama sebagai platform strategik bagi memperkukuh kerjasama dalam aspek keselamatan jalan raya dan kenderaan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

NADMA, Sarawak perkukuh koordinasi hadapi bencana

NADMA, Sarawak perkukuh koordinasi hadapi bencana

Dana RM100,000 bantu perbaiki fasiliti SMK Lutong

Dana RM100,000 bantu perbaiki fasiliti SMK Lutong

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz