Polis Pahang berjaya rampas dadah nilai RM8 juta

KUANTAN – Polis berjaya merampas 275.476 kilogram (kg) dadah dipercayai jenis syabu dan menahan dua lelaki di Kampung Sungai Mun, dekat Lipis pada 6 Februari lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, dadah itu ditemukan dalam kereta jenis Toyota Wish yang terlibat dalam kemalangan langgar lari di Kampung Pagar Sasak sebelum dikejar orang awam sehingga ke Kampung Sungai Mun.

Katanya, susulan itu juga polis menahan pemandu Toyota Wish yang merupakan lelaki warga emas berumur 67 tahun dan seorang lagi lelaki dipercayai rakan suspek berumur 31 tahun yang datang bertemu suspek di lokasi kejadian.

Katanya, hasil pemeriksaan dalam kenderaan itu membawa kepada penemuan plastik hitam yang di dalamnya mengandungi bungkusan plastik lut sinar berwarna coklat bertulisan Cina dan berlabel ‘chrysanthemum tea’.

“Setelah diperiksa isi kandungan bungkusan berwarna coklat, dijumpai ketulan kristal yang disyaki dadah jenis syabu.

“Jumlah keseluruhan rampasan terdiri daripada 13 plastik berwarna hitam yang mengandungi 261 bungkusan plastik lutsinar.

“Setiap bungkusan plastik lut sinar mengandungi dadah jenis syabu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, hari ini.

Tambahnya, anggaran berat keseluruhan dadah dirampas adalah 275.476kg dengan nilai lebih RM8 juta.

Related Posts

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

SARATOK – Malam Tujuh Likur disambut meriah di Saratok dengan pelbagai aktiviti tradisional dan keagamaan, termasuk pertandingan pintu gerbang yang menjadi daya tarikan utama.  Menariknya, Malam Tujuh Likur merupakan kemeriahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

JITRA – Bapa kepada dua beradik yang cedera akibat bermain mercun bola di kawasan rumah mereka di Kampung Baru, Kuala Nerang pada 19 Mac lalu ditahan bagi membantu siasatan berhubung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta