Akhirnya jasad Nur Haidhar ditemukan di Sungai Padang Terap

PENDANG- Remaja lelaki 17 tahun yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Padang Terap, Chegar petang semalam akhirnya ditemukan mati lemas, hari ini.

Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, jasad Nur Haidhar Nasrul, 17, ditemukan jam 11.18 pagi tadi.

Beliau berkata, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan selaman pertama di lokasi pada jam 10.34 pagi dan selaman kedua pada jam 11.01 pagi.

“Selaman ketiga dilakukan sejurus selepas itu dan mangsa ditemukan pada jam 11.18 pagi pada jarak 10 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh di sungai berkenaan.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan remaja lelaki itu dikhuatiri lemas petang semalam, bagaimanapun motosikal mangsa ditemui di sungai berkenaan ketika operasi pencarian dilakukan pada jam 7.16 malam tadi.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM