Pemandu bas positif dadah, lesen digantung serta-merta

KANGAR – Seorang pemandu bas ekspres digantung lesen serta-merta selepas didapati positif dadah dalam Ops Tahun Baharu Cina (Ops TBC) 2025 yang dijalankan di Perlis dari 20 Januari hingga semalam.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis, Noraini Mohd Nawi, berkata pemandu tersebut dikesan menerusi ujian air kencing yang dijalankan terhadap 30 pemandu bas ekspres di terminal utama negeri itu.

“Kami mengambil tindakan tegas dengan menggantung lesen memandu pemandu terbabit serta-merta, selain tidak membenarkan dia meneruskan perjalanan.

“Ujian air kencing ini dilakukan bagi memastikan pemandu bas berada dalam keadaan bebas daripada pengaruh dadah, sekali gus mengelakkan risiko kemalangan jalan raya akibat kecuaian pemandu,” katanya dalam sidang media penutupan Ops TBC 2025 semalam.

Sepanjang operasi, sebanyak 357 bas ekspres diperiksa, dengan dua buah bas dikenakan tindakan atas kesalahan tayar haus dan kerosakan teknikal seperti cermin sisi retak yang boleh mengancam keselamatan penumpang.

Katanya, JPJ turut menggunakan strategi penyamaran anggota sebagai penumpang, bagi memantau kelakuan pemandu dan memastikan mereka mematuhi undang-undang jalan raya sepanjang perjalanan.

“Kami mahu memastikan pemandu bas tidak cuai atau memandu secara berbahaya yang boleh mengancam nyawa penumpang serta pengguna jalan raya lain.

“Selain itu, 2,757 surat teguran telah dikeluarkan sepanjang operasi, membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas termasuk kelajuan berlebihan, penggunaan telefon bimbit dan gagal mematuhi lampu isyarat,” tambahnya

Dalam tempoh Perintah Larangan Jalan pada 27-28 Januari serta 12 Februari lalu, sebanyak 2,468 kenderaan diperiksa, manakala 319 notis kesalahan dikeluarkan.

Beliau menegaskan bahawa JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang dan akan meneruskan pemantauan serta tindakan penguatkuasaan secara berkala.

Jelasnya lagi, pemandu pengangkutan awam perlu lebih bertanggungjawab dan memastikan keselamatan penumpang sentiasa menjadi keutamaan.

Related Posts

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

KOTA KINABALU – Platform Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Sabah (PaduNegeri) dilihat sebagai mekanisme penting dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

IPOH – Tiga lelaki ditemukan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika disyaki cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan tanah lapang berhampiran tiang elektrik di Taman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan