Polis Marin Sandakan gagalkan cubaan seludup petrol bernilai RM215,470.50

SANDAKAN – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah berjaya menggagalkan cubaan menyeludup minyak petrol dianggarkan mencecah RM215,470.50 dalam satu operasi di tepi Sungai Seguntur, berhampiran kawasan perindustrian Jalan Dato Tay, di sini, pada Khamis.

Menurut kenyataan PPM Sandakan, dalam operasi yang dijalankan sekitar pukul 5.15 petang itu, sepasukan anggota PPM Sandakan menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux serta sebuah bot yang disyaki digunakan untuk tujuan penyeludupan bahan api tersebut.

“Tiga lelaki berusia antara 18 hingga 45 tahun turut ditahan selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti pemindahan minyak petrol secara haram.

“Hasil pemeriksaan mendapati beberapa botol jerekin yang berisi petrol telah disimpan di dalam kenderaan tersebut, selain menemukan sebuah kontena hijau yang dipercayai digunakan untuk kegiatan pemindahan minyak,” kata kenyataan tersebut.

“Jumlah keseluruhan nilai rampasan termasuk kenderaan, bot dan minyak petrol dianggarkan mencecah RM215,470.50

“Kes berkenaan kini disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” kata kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, PPM Wilayah 4 Sabah menegaskan bahawa pihaknya akan terus komited dalam membanteras kegiatan jenayah penyeludupan demi keselamatan dan kesejahteraan negara.

Related Posts

Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan

KUANTAN – Pemuda UMNO Bahagian Bera berharap Kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius terhadap perkara dibangkitkan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkaitan pembangunan dan kepentingan rakyat di negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program kesihatan dan kesejahteraan Beratok 2026 meriahkan semangat kebersamaan penduduk

BERATOK – Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program Kesihatan dan Kesejahteraan Komuniti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan

Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan

Program kesihatan dan kesejahteraan Beratok 2026 meriahkan semangat kebersamaan penduduk

Program kesihatan dan kesejahteraan Beratok 2026 meriahkan semangat kebersamaan penduduk

Program K.A.W.A.N perkukuh penyampaian inisiatif kerajaan kepada rakyat

Program K.A.W.A.N perkukuh penyampaian inisiatif kerajaan kepada rakyat

Pahang terus jadi nadi utama kepentingan FELDA

Pahang terus jadi nadi utama kepentingan FELDA

Perlu penyelesaian jangka panjang trafik Telipok, alih bulatan tidak boleh tergesa-gesa

Perlu penyelesaian jangka panjang trafik Telipok, alih bulatan tidak boleh tergesa-gesa

Kerajaan desa perlu diiktiraf sebagai peringkat pentadbiran keempat – Salleh

Kerajaan desa perlu diiktiraf sebagai peringkat pentadbiran keempat – Salleh